BYD Atto 3 Kini Hadir Dengan Beberapa Peningkatan, Harga Masih Kekal Sama – RM149,800

Selain dari pelancaran rasmi BYD Seal Dynamic, Sime Darby Motors turut memperkenalkan beberapa peningkatan baharu yang telah dibuat kepada BYD Atto 3 hari ini. Dengan harga masih kekal sama iaitu RM149,800 (on-the-road tanpa insurans), model itu kini menerima beberapa peningkatan baharu dengan harga yang sangat kompetitif.

Antara peningkatan baharu pada Atto 3 adalah dari segi saiz bateri dan output yang lebih tinggi. Kini, Atto 3 menerima pek bateri berkapasiti 60.48 kWh dan mampu mencapai jarak sejauh 480 km. Pecutan 0-100 km/j juga meningkat dari 7.9 saat kepada 7.3 saat. Saiz tayar juga kini telah ditingkatkan dari 17 inci kepada 18 inci.

Untuk pengecasan, model ini kini menerima sokongan pengecasan DC berkapasiti 88 kW. Selain itu, model ini turut menerima powerboot di belakang, 8 pembesar suara di dalam kereta, penapis udara dan Multi-Colour ambient light pada pemegang pintu yang mengikut rentak musik.

300 tempahan pertama akan menerima pengecas Wallbox rumah, 3 tahun Pakej Servis dan 4 tahun percuma Cukai Jalan. Orang ramai yang berminat boleh berkunjung ke ruang pameran terdekat BYD atau Stadium Nasional Bukit Jalil, Carpark B, dari 6 September hingga 8 September ini.

Gallery

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2023 Copyright. All Rights Reserved. NAZZNCO (M) SDN BHD