12,690 Unit Berjaya Dijual Proton pada Ogos 2024 – Jumlah Tahunan Kini Lebih 100,000 Unit

Prestasi jualan bulan Ogos telah diumumkan oleh Proton dengan penjualannya mencapai 12,690 unit kenderaan (domestik & eksport) dan masih berjaya mengukuhkan kedudukan mereka di tempat kedua bagi jualan kenderaan di Malaysia.

Sedikit menurun berbanding dengan jumlah jualan pada Julai iaitu sebanyak 15,103 unit. Namun, jualan keseluruhan bagi lapan bulan pertama tahun ini telah merekodkan lebih dari 100,000 unit berjaya dijual oleh Proton. Dengan angka ini, Proton menjangkakan pegangan pasaran mereka kini berada pada sekitar 19%.

Proton Saga masih lagi mengekalkan kedudukannya sebagai model paling laris di dalam Proton dengan jumlah jualannya pada Ogos mencapai 6,211 unit. Ini menjadikan jumlah terkumpul bagi Saga pada tahun ini sahaja sudah mencecah sebanyak 48,904 unit. Peningkatan sebanyak 6.7% berbanding dengan jumlah jualan pada tahun lepas.

Proton X50 2024 juga menunjukkan jumlah jualan yang kukuh untuk dua bulan berturut-turut sejak pelancarannya dengan jumlah jualannya sebanyak 2,440 unit pada Ogos. Ini menjadikan jumlah terkumpul bagi SUV paling popular pada tahun ini sahaja sudah mencecah sebanyak 15,229 unit.

Ia seterusnya disambung oleh Proton Persona dengan jumlah jualannya sebanyak 1,452 unit, sekaligus mencatat jumlah terkumpul untuk tahun ini sebanyak 13,116 unit. Ia disambung dengan Proton S70 sebanyak 1,205 unitProton Iriz sebanyak 403 unit dan Proton X90 sebanyak 241 unit pada Ogos 2024.

Jumlah jualan bagi Proton X70 masih belum didedahkan sepenuhnya oleh Proton berikutan dengan pelancaran rasminya pada bulan lepas.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2023 Copyright. All Rights Reserved. NAZZNCO (M) SDN BHD