BFGoodrich Melancarkan Tayar Off-Road All-Terrain T/A KO3: Harga Bermula RM825

BFGoodrich Malaysia dengan rasminya telah memperkenalkan produk baharu dalam famili tayar mereka iaitu tayar BFGoodrich All-Terrain T/A KO3 hari ini di Terra, Petaling Jaya.

Menyusuli prestasi luar biasa tayar BFGoodrich All-Terrain T/A KO2, tayar baharu ini dibangunkan untuk memenuhi keperluan para pengembara masa kini dengan merangkumkan teknologi tayar serba inovatif yang baharu ke dalam sebuah produk bagi semua jenis jalan. 

Membawa legasi off-road BFGoodrich yang gemilang, tayar baharu ini bakal didatangkan kembali dengan tulisan putih menimbul pada dinding sisi, mempamerkan logo ‘Baja Champion’.

BFGOODRICH-KO3-NAZZNCO

Prichapakorn Dangrojana, Pengarah Urusan Michelin Malaysia, Singapura, dan Brunei berkata, komitmen kami di BFGoodrich selama ini adalah untuk membekalkan produk-produk yang memenuhi standard prestasi dan daya tahan yang tertinggi, dan tayar All-Terrain T/A KO3 juga tidak terkecuali.

“Menerusi penambahbaikan yang berterusan dalam teknologi tayar bertaraf dunia kami, kami teruja untuk membawakan tayar BFGoodrich All-Terrain T/A KO3 ke pasaran Malaysia. Ia melambangkan cita inovasi BFGoodrich untuk melangkaui jangkaan para pelanggannya, yang berhak mendapatkan yang terbaik untuk kenderaan mereka, tidak kira apa jua destinasi mereka,” katanya.

Daya tahan bunga tayar All-Terrain T/A KO3 kini tampil dengan corak bunga yang terkini serta formulasi bunga tayar semua landasan yang baharu bagi menjanjikan daya tahan serta jangka tahan untuk kegunaan di atas landasan berbatu. Ia juga dirumus untuk mengagihkan tekanan secara sekata agar kehausan tayar ini menjadi sekata. 

BFGOODRICH-KO3-NAZZNCO

Teknologi CoreGard juga kini telah dinaik taraf melalui Baja T/A KR3 untuk memberi ketahanan dinding sisi yang lebih cemerlang. Selain itu, Rekaan Pesongan Canggih membantu mengelakkan objek daripada tersangkut dan membelah dinding sisi di mana ianya sempurna untuk pemanduan di atas semua jenis landasan.

Dalam situasi yang paling mencabar sekalipun, tayar BFGoodrich All-Terrain T/A KO3 mampu memberikan daya cengkaman yang unggul. Tayar All-TerrainT/A KO3 dibina dengan alur mengunci 3D yang mendalam, di samping rekaan bahu bergerigi dan Turusan Anti Lumpur yang turut mempunyai daya cengkaman lumpur dan salji yang cemerlang.

Formulasi bunga tayar semua landasan tersebut turut menaik taraf cengkaman dalam situasi basah dan mampu berhenti 4.2 meter lebih dekat berbanding KO2.

Lebih daripada 62 saiz akan diperkenalkan dalam tempoh 2 tahun akan datang dan tiga fasa akan bermula pada September 2024 dengan 39 saiz. 19 saiz lagi akan disediakan pada tahun 2025 dengan 4 saiz yang berbaki bakal diperkenalkan pada tahun 2026 untuk melengkapkan barisan produk terbaharu ini. Tayar BFGoodrich All-Terrain T/A KO3 akan dijual pada harga bermula daripada RM825 hingga RM2946.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi BFGoodrich Malaysia di http://www.bfgoodrich.com.my/ atau wakil pengedar BFGoodrich berdekatan dengan anda untuk memulakan pengembaraan anda yang seterusnya.

Gallery

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2023 Copyright. All Rights Reserved. NAZZNCO (M) SDN BHD