Tempahan Zeekr X Kini Dibuka di Malaysia – Anggaran Harga di Bawah RM180,000, 2 Varian, 440 km

Sentinel Automotive Sdn Bhd, selaku pengedar rasmi dan akan mengoperasikan jenama Zeekr di Malaysia kini telah mengumumkan bahawa tempahan untuk model Zeekr X telah dibuka secara rasmi di Malaysia. Dengan anggaran harga di bawah RM180,000, pelanggan boleh mula membuat tempahan dengan wang tempahan sebanyak RM2,000.

Model ini berukuran 4,432 mm panjang, 1,836 mm lebar, 1,566 mm tinggi dengan jarak antara roda 2,750 mm. Ia memiliki ruang penyimpanan barangan di belakang berkapasiti 362 liter dan meningkat hingga 1,182 liter sekiranya tempat duduk belakang dibaringkan.

ZEEKRX-NAZZNCO

2 varian akan ditawarkan untuk pasaran Malaysia iaitu Premium RWD dan Flagship AWD. Bagi varian Premium RWD,  ia didatangkan dengan spesifikasi motor elektrik tunggal yang mampu menghasilkan 272 Ps dan 343 Nm tork manakala varian Flagship AWD didatangkan dengan spesifikasi dua motor elektrik yang mampu menghasilkan 428 Ps dan 543 Nm tork.

Pecutan dari 0-100 km/j bagi varian Premium RWD hanya 5.6 saat sahaja manakala varian Flagship AWD mampu memecut dalam masa 3.8 saat. Kedua-dua varian dikuasakan oleh bateri berkuasa tinggi jenis Nickel Manganese Cobalt (NMC).

Untuk jarak sejauh 440 km boleh dicapai dengan pek bateri berkapasiti 66kWh bagi varian Premium RWD manakala varian Flagship AWD dibekalkan dengan pek bateri yang sama iaitu 66 kWh untuk jarak sejauh 420 km dengan sekali pengecasan.

ZEEKRX-NAZZNCO

Bagi pengecasannya, Zeekr X boleh dicas menggunakan pengecas pantas DC berkapasiti 150 kW dengan status pengecasan 10% hingga 80% boleh dicapai dalam masa 30 minit. Kelajuan maksimum bagi kedua-dua varian pula ditetapkan pada 190 km/j.

Bagi sistem keselamatan pula, kedua-dua varian menerima Advanced Driver Assistance Systems (ADAS) dengan fungsi seperti brek kecemasan automatik, cruise control adaptif, bantuan tukar lorong, kawalan pengekal tengah lorong, bantuan kekal lorong, pemantau titik buta, amaran lintasan trafik hadapan dan belakang, bantuan parkir, pemantau pemandu serta tujuh beg udara.

Zeekr X bakal diimport sepenuhnya (CBU) dan 5 pilihan warna luaran akan ditawarkan iaitu Crystal White, Mist Grey, Grid Grey, Palace Beige dan Pine Green dengan warna dalaman Charcoal Black dan Stone Grey sebagai pilihan.

Gallery

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2023 Copyright. All Rights Reserved. NAZZNCO (M) SDN BHD