Proton X70 Facelift 2025 Kini Menerima Sambungan Android Auto dan Apple CarPlay

Menurut laporan Paultan, Proton X70 facelift 2025 kini menerima kemas kini over-the-air (OTA) untuk Apple CarPlay dan Android Auto, menjadikannya model Proton pertama yang secara rasmi menyokong ciri-ciri ini.

Perkara ini telah disahkan dan dikongsikan oleh seorang pemilik Proton X70, Syafiq Ismail, di dalam kumpulan Facebook paultan.org Automotive. 2 keping gambar telah dimuat naik yang memaparkan pemilik telah berjaya menyambung Apple CarPlay dan Android Auto menerusi kenderaan miliknya.

Terdahulu, Proton telah mengumumkan sewaktu pelancaran rasmi Proton X70 facelift 2025 ini bahawa Apple CarPlay dan Android Auto tanpa wayar telah disertakan, tetapi belum tersedia kerana Proton perlu melengkapkan pensijilan. Kini, kemas kini tersebut sudah bersedia.

Kemas kini OTA akan dilancarkan secara berperingkat, jadi pemilik facelift X70 boleh menjangkakannya dalam masa terdekat. Walaupun kemas kini ini berita baik untuk pemilik facelift X70, ia tidak akan tersedia untuk model terdahulu seperti SUV X90, sedan S70, atau X50 RC.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2023 Copyright. All Rights Reserved. NAZZNCO (M) SDN BHD