NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Mazda CX-5 MS Edisi Terhad Dilancarkan di KLIMS 2024 – Naiktaraf dengan Kit Lebih Bergaya Berharga RM12,000

Mazda CX-5 MS Edisi Terhad Dilancarkan di KLIMS 2024 – Naiktaraf dengan Kit Lebih Bergaya Berharga RM12,000

Bermaz Motor telah melancarkan Mazda CX-5 MS Edisi Terhad di Kuala Lumpur International Mobility Show (KLIMS) 2024. Tempahan telah pun dibuka dengan pakej kit yang telah dinaik taraf ditawarkan pada harga RM12,000 dan waranti setahun akan diberikan kepada pemilik.

Untuk makluman, MS bermaksud MazdaSports, bermakna Mazda CX-5 MS Edisi Terhad kali ini menerima perubahan dari segi visualnya yang lebih sporty. Di bahagian luaran, kita dapat lihat cermin sisi, gril, bampar, bahagian hadapan dan sisi serta bahagian pintu lower garnish dan roda aloi bersaiz 19 inci menerima kemasan hitam berkilat. Spoiler bumbung juga kini sama dengan warna badan dan logo MS ada pada kemasan ekzos.

Beralih kepada ruang kabin, butang push start kini berwarna merah dengan beberapa logo MS dengan jahitan merah di karpet, kerusi, panel pintu, roda stereng dan gear shift boot. Selain itu, model ini turut menerima pedal sports MS dan badge edisi terhad MS.

Untuk prestasi pula, front strut bar kini juga hadir bersama logo MS di atasnya. Pelanggan yang berminat boleh hadir ke booth Mazda di KLIMS 2024 untuk melihat sendiri dan menambah pakej kit ini dengan mana-mana pembelian model CX-5.

Melissa Alias

Melissa Alias merupakan antara pelopor terawal meja editorial NAZZ&CO™ Media. Dengan kepakaran meluas dalam kewartawanan automotif, beliau telah mengendalikan ratusan liputan eksklusif pelancaran model baharu, analisis insiden jalan raya, dan laporan siaran media rasmi yang membentuk asas kukuh kewartawanan digital portal ini.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy