Empat cedera manakala tiga lagi berjaya selamatkan diri dalam sebuah kebakaran yang melibatkan sebuah lori tangki minyak sawit, Toyota Alphard dan Proton Saga di Jalan Besar Pasir Penambang semalam.
Menurut Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar, pihak bomba menerima panggilan telefon kecemasan sekitar jam 2 petang semalam.
“Kebakaran membabitkan sebuah lori tangki yang terbakar 80 peratus, manakala masing-masing Toyota Alphard dan Proton Saga pula 20 dan 90 peratus,” katanya.
Pemandu lori berusia 37 tahun dilaporkan cedera di bahagian kepala dan leher, manakala pemandu Proton Saga cedera di bahagian kepala dan tangan, lapor Sinar Harian.
“Pemandu lori dan pemandu Proton Saga berusia 68 tahun telah dibawa ke Hospital Tanjong Karang untuk mendapatkan rawatan lanjut,” ujar beliau.
Pemandu dan penumpang Toyota Alphard pula mengalami cedera ringan, manakala tiga lagi penumpang tidak mengalami sebarang kecederaan. Operasi pemadaman melibatkan 8 orang anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Selangor.
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?
Pencabar Baharu Tesla, Xiaomi SU7 Menerima Tempahan Sebanyak 88,898 Unit Selepas 24 Jam Dilancarkan
Tiada Lagi Pinjaman Penuh untuk Beli Kereta?