UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMWT) telah berjaya menjual sebanyak 12,800 unit kenderaan pada Disember 2024 dan sekaligus telah berjaya menutup tirai tahun 2024 dengan jumlah keseluruhan sebanyak 102,300 unit kenderaan yang berjaya didaftarkan.
Berbanding pada tahun 2023, angka tersebut menunjukkan penurunan iaitu sebanyak 108,107 unit kenderaan telah berjaya dijual pada tahun 2023. Selain itu, bahagian servis selepas jualan syarikat itu juga turut menunjukkan prestasi yang membanggakan apabila berjaya merekodkan sebanyak 1.42 juta unit kenderaan kembali ke pusat servis.
Dengan menawarkan pelbagai pilihan kenderaan, Toyota memenuhi keperluan pengguna Malaysia yang semakin berkembang sambil menyokong peralihan negara ke arah mobiliti lestari. Model-model popular seperti Hilux, Vios, dan Corolla Cross telah menjadi penyumbang utama kepada prestasi jualan pada bulan Disember.
UMWT akan kekal komited untuk mencapai kecemerlangan dengan memastikan penawaran terbaik kepada pelanggan dan mengekalkan momentum kukuh pada tahun 2025.