Pernah rasa frust sebab tak dapat duduk dalam kereta api waktu puncak? Seorang lelaki di Shanghai cuba jadikan situasi itu peluang buat duit – dan kini dia jadi viral!
Lelaki bernama Zhou mencetuskan kontroversi apabila menawarkan “servis cari tempat duduk” dalam kereta api bawah tanah Laluan 16 pada waktu puncak. Harganya? Hanya 5 yuan (RM3.35) satu perjalanan!
Zhou, yang tinggal dan bekerja di Zon Baharu Lingang, menyiarkan iklan perkhidmatannya di media sosial pada 19 Disember. Dia mendakwa, dengan sedikit bayaran, dia akan pastikan anda dapat tempat duduk ketika semua orang bersesak-sesak. Genius atau gila?
Zhou naik kereta api dari stesen terminal, di mana kereta api masih kosong. Pada pukul 7.30 pagi, dia akan memulakan perjalanan dan turun di Stesen Huinan atau Stesen Xinchang, dekat pejabatnya. Kalau ada pelanggan, dia akan “tempah” tempat duduk sebelum keluar dari kereta api.
Namun, servis ini tidak selalu lancar. Dua pelanggan pernah bayar lebih awal, tapi Zhou gagal cari tempat duduk untuk mereka. Hmm, servis ada risiko rupanya.
Shanghai Metro, operator kereta api bawah tanah, terus kecam perkhidmatan ini. Menurut mereka, tempat duduk dalam subway adalah “siapa cepat dia dapat”, bukan hak eksklusif yang boleh dijual beli.
Tambahan pula, ada yang bandingkan Zhou dengan peniaga tiket haram. Tak cukup dengan itu, dia diletakkan di bawah tahanan pentadbiran. Namun, Zhou mempertahankan dirinya. Katanya, dia hanya menyebarkan khabar angin untuk “buat hype” di media sosial.
Kisah ini telah mendapat perhatian ramai. Ada yang anggap Zhou kreatif dan cuba selesaikan masalah, tapi ramai juga yang rasa ia tak adil.
Seorang peguam, Li Da, berkata tiada undang-undang spesifik yang melarang perbuatan ini, tapi ia boleh menjejaskan ketenteraman dalam kereta api.
Cerita Zhou ini mungkin kelakar bagi sesetengah orang, tapi ia juga jadi peringatan bahawa tidak semua idea boleh diterima masyarakat. Kalau nak cari duit, pastikan kreatif tanpa mengganggu orang lain.
Sumber : Harian Metro
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?
Pencabar Baharu Tesla, Xiaomi SU7 Menerima Tempahan Sebanyak 88,898 Unit Selepas 24 Jam Dilancarkan
Tiada Lagi Pinjaman Penuh untuk Beli Kereta?