Tesla telah mengumumkan pembukaan stesen Supercharging V4 baharu mereka yang bertempat di The Gardens Mall, Kuala Lumpur. Sebanyak 4 unit Supercharger V4 dan 1 unit Destination Charger telah disediakan untuk semua pemilik Tesla yang perlu ke mall untuk berjalan-jalan atau membeli-belah.
Memanfaatkan kecekapan pengecasan tertinggi 250 kW, Tesla Model 3 dan Tesla Model Y boleh mengecas semula untuk jarak 282 km hanya dalam masa 15 minit, kali ini dengan kabel yang lebih panjang untuk memudahkan pemilik semasa proses pengecasan.
Dengan kadar harga sebanyak RM1.13/kWh, pengecasan Tesla kini menjadi salah satu cara pembayaran yang paling efisien di pasaran. Setakat hari ini, terdapat 14 stesen Supercharging dan 15 stesen Destination Charging di Malaysia yang menawarkan sejumlah 64 Supercharging dan 70 Destination Charging di bandar-bandar utama di Malaysia.
Untuk maklumat lanjut bagi stesen Supercharging baharu mereka di The Gardens Mall, sila rujuk jadual di bawah: