Persatuan Automotif Malaysia (MAA) melaporkan bahawa sebanyak 63,906 unit kenderaan telah dijual pada bulan Februari 2025, meningkat berbanding 48,732 unit pada Januari 2025.
Berbanding dengan Februari 2024, jualan kenderaan pada Februari 2025 menunjukkan sedikit penurunan sebanyak 2% iaitu sebanyak 1,111 unit. Untuk bulan kedua ini, sebanyak 60,189 unit jualan direkodkan untuk kenderaan penumpang dan 3,717 unit untuk kenderaan komersial.
Bagi produksi kenderaan pula, sebanyak 61,545 unit telah dihasilkan di kilang pemasangan pada Februari 2025, 7% menurun berbanding tempoh yang sama pada tahun lepas iaitu 66,464 unit. Untuk bulan kedua ini, sebanyak 58,606 unit kenderaan dihasilkan untuk kenderaan penumpang dan 2,939 unit untuk kenderaan komersial.
Setakat Februari 2025, jumlah jualan kenderaan telah mencapai 113,056 unit, 14% lebih rendah berbanding tempoh yang sama tahun lepas iaitu sebanyak 131,938 unit penghantaran.
MAA menjangkakan jumlah jualan pada Mac akan lebih tinggi berikutan dengan promosi Hari Raya dan kebanyakan syarikat kereta akan menghantar kenderaan kepada pelanggan sebelum Hari Raya dan sebelum tahun kewangan berakhir pada 31 Mac ini.
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?
Pencabar Baharu Tesla, Xiaomi SU7 Menerima Tempahan Sebanyak 88,898 Unit Selepas 24 Jam Dilancarkan
Tiada Lagi Pinjaman Penuh untuk Beli Kereta?