UMW Toyota Motor Sdn Bhd telah memperkenalkan GR Yaris 2025 ke dalam pasaran Malaysia dalam versi transmisi automatik pada harga RM325,600, RM10,000 lebih mahal berbanding versi manual yang telah diperkenalkan pada Januari lalu.
Versi kali ini dilengkapi dengan enjin G16E-GTS 1.6 liter tiga-silinder sebaris turbocas petrol yang mampu menghasilkan 300 PS dan 400 Nm tork, dipadankan bersama transmisi automatik 8-kelajuan untuk pengalaman pemanduan yang mengasyikkan. Pecutan 0-100 km/j dalam masa 5.2 saat, dengan kelajuan maksimum mencapai 230 km/j.

Model ini bukan sekadar model dengan kotak gear baharu, ia juga dilengkapi dengan Launch Control, satu ciri yang membantu kereta bergerak lebih lancar dan laju dari keadaan pegun dengan mengawal kuasa enjin dan cengkaman. Ini menjadikan pecutan lebih cekap, terutamanya semasa pemanduan sporty atau di litar.

Seperti semua model GR yang lain, keselamatan tetap menjadi keutamaan. GR Yaris Automatik dilengkapi dengan Toyota Safety Sense 3.0, termasuk sistem Pre-Collision yang ditambah baik, Radar Cruise Control Systems, Lane Tracing Assist, dan mod “Expert” untuk pemandu berpengalaman yang mahukan lebih kawalan tanpa mematikan sistem keselamatan sepenuhnya.

Empat warna telah ditawarkan iaitu Platinum White Mica, Emotional Red II, Precious Metal dan Precious Black dengan harga bermula dari RM325,600. Pemilik akan menerima jaminan 5 tahun, tanpa had perbatuan.
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?
Pencabar Baharu Tesla, Xiaomi SU7 Menerima Tempahan Sebanyak 88,898 Unit Selepas 24 Jam Dilancarkan
Tiada Lagi Pinjaman Penuh untuk Beli Kereta?