Persatuan Automotif Malaysia (MAA) melaporkan bahawa sebanyak 60,527 unit kenderaan telah dijual pada bulan April 2025, menurun berbanding 72,704 unit pada Mac 2025.
Berbanding dengan April 2024, jualan kenderaan pada April 2025 menunjukkan penurunan sebanyak 1% iaitu sebanyak 627 unit. Untuk bulan keempat ini, sebanyak 55,971 unit jualan direkodkan untuk kenderaan penumpang dan 4,556 unit untuk kenderaan komersial.
Bagi produksi kenderaan pula, sebanyak 56,313 unit telah dihasilkan di kilang pemasangan pada April 2025, 2% menurun berbanding tempoh yang sama pada tahun lepas iaitu 57,208 unit. Untuk bulan keempat ini, sebanyak 52,925 unit kenderaan dihasilkan untuk kenderaan penumpang dan 3,388 unit untuk kenderaan komersial.
Setakat April 2025, jumlah jualan kenderaan telah mencapai 248,730 unit, 5% lebih rendah berbanding tempoh yang sama tahun lepas iaitu sebanyak 263,050 unit penghantaran.
Menurut MAA, penurunan angka jualan adalah disebabkan cuti perayaan Hari Raya Aidilfitri yang panjang dan penyerahan kenderaan telah dilakukan sebelum musim perayaan tiba kepada para pelanggan. MAA menjangkakan jumlah jualan pada Mei akan kembali meningkat susulan dengan banyak pengenalan model-model baharu sebelum ini.
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?
Pencabar Baharu Tesla, Xiaomi SU7 Menerima Tempahan Sebanyak 88,898 Unit Selepas 24 Jam Dilancarkan
Tiada Lagi Pinjaman Penuh untuk Beli Kereta?