NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Nahas Dua Kenderaan di Slim River Ragut Nyawa Dua Warga Emas

Nahas Dua Kenderaan di Slim River Ragut Nyawa Dua Warga Emas

Dua lelaki warga emas terbunuh manakala lima individu lain cedera dalam kemalangan melibatkan dua kenderaan di Jalan Kampung Kuala Slim, Slim River malam semalam.

Menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarozi Nor Ahmad, mangsa yang maut merupakan pemandu dan penumpang sebuah Proton Saga, kedua-duanya berumur 73 tahun. Sementara itu, pemandu Toyota Hilux berusia 30 tahun dan empat penumpangnya yang merupakan warga asing hanya mengalami kecederaan ringan.

“Kami menerima panggilan kecemasan pada jam 8.19 malam dan menghantar lapan anggota bersama sebuah jentera ke lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambah beliau, pertembungan antara kereta Proton Saga dan Toyota Hilux itu menyebabkan dua mangsa meninggal dunia di tempat kejadian dan disahkan oleh pasukan Kementerian Kesihatan.

Mayat kedua-dua mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Sumber: Astro Awani

Alym Asri

Sebagai Pengacara & Ketua Editorial NAZZ&CO™ Media, Alym Asri memiliki kepakaran meluas dalam pengendalian siaran langsung, interaksi audiens, dan promosi kandungan digital. Beliau merupakan nadi kreatif yang sentiasa memacu idea-idea inovatif untuk menghasilkan video berimpak tinggi dan terus relevan di pasaran.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy