Dengan pertumbuhan pesat industri EV di Malaysia, semakin ramai pengguna beralih kepada teknologi hijau ini. Tapi, di sebalik teknologi canggih dan manfaat kepada alam sekitar, ada satu realiti pahit yang mula dirasai ramai pemilik EV.
Bayangkan kereta baru, cuma langgar sikit… tapi terus kena isytihar total loss. Macam tak masuk akal, kan? Tapi inilah realitinya.
Jadi, kenapa EV senang sangat kena total loss walaupun kemalangan nampak ringan? Jom kita tengok 5 faktor utama:
Berlainan dengan kereta biasa, bateri EV biasanya terletak di bawah lantai kereta. Jadi kalau terkena hentakan bawah – contohnya langgar bonggol tinggi atau divider – bateri boleh rosak walaupun bahagian luar nampak okay.
Masalahnya, kerosakan pada bateri tak mudah nampak. Tapi kalau dah retak atau terganggu strukturnya, ia boleh jejaskan prestasi dan keselamatan kereta secara keseluruhan.
Ini antara sebab utama EV mudah kena total loss. Kos untuk ganti bateri EV sangat tinggi dan boleh mencecah 30% hingga 50% daripada nilai keseluruhan kereta.
Contoh mudah, kalau nilai EV RM150,000, kos tukar bateri boleh jadi RM60,000 atau lebih. Bila kos pembaikan lebih tinggi daripada nilai semasa kenderaan, syarikat insurans lebih rela isytihar total loss. Ini dipanggil “Beyond Economic Repair.”
EV beroperasi dengan sistem voltan tinggi, penuh dengan sensor, inverter, sistem penyejukan dan kawalan. Kalau berlaku kemalangan kecil pun, ia boleh ganggu sambungan elektrik atau rosakkan komponen penting.
Nak baiki? Bukan murah, dan bukan semua bengkel mampu buat. Kena ada kelayakan khas dan peralatan khusus untuk elok dari risiko yang lebih besar.
Walaupun kereta nampak elok di luar, bila melibatkan EV, sebarang risiko seperti kebocoran voltan, risiko renjatan elektrik atau kebakaran bateri jadi isu utama.
Syarikat insurans tak nak ambil risiko besar. Kalau ada sedikit pun kemungkinan sistem bateri tak selamat, keputusan total loss jadi pilihan paling selamat untuk melindungi semua pihak, termasuk pemilik dan juruteknik.
Realitinya, Malaysia masih baru dalam dunia EV. Tak banyak bengkel yang benar-benar pakar baiki EV. Alat ganti pun susah nak dapat, dan tak semua pusat servis ada SOP keselamatan EV yang lengkap.
Jadi bila kemalangan berlaku, pilihan untuk baik pulih sangat terhad. Kalau tiada tempat yang mampu baiki dengan selamat, insurans takde pilihan dari terus isytihar total loss.
Tak dinafikan, EV sangat canggih, mesra alam, senyap, dan berteknologi tinggi. Tapi, pemilik EV harus faham, kos pembaikan selepas kemalangan jauh berbeza berbanding kereta biasa.
Sebelum beli EV, pastikan anda tahu tentang:
Polisi insurans yang sesuai
Kos servis dan pembaikan
Lokasi pusat servis bertauliah
Hal sedemikian dapat mengelakkan pemilik kenderaan menanggung kerugian yang besar kelak.
SUMBER : Reuters
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?
Pencabar Baharu Tesla, Xiaomi SU7 Menerima Tempahan Sebanyak 88,898 Unit Selepas 24 Jam Dilancarkan
Tiada Lagi Pinjaman Penuh untuk Beli Kereta?