NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

47 Orang Cedera Dirempuh Sebuah Kereta Ketika Menyambut Kemenangan Liverpool

47 Orang Cedera Dirempuh Sebuah Kereta Ketika Menyambut Kemenangan Liverpool

Sambutan bertukar cemas apabila sebuah kereta merempuh pejalan kaki berhampiran Bangunan Liver, menyebabkan penyokong bersurai sementara polis dan pasukan kecemasan mengendalikan situasi itu.

Seramai 47 orang cedera apabila sebuah kereta merempuh sekumpulan penyokong Liverpool yang sedang meraikan kejayaan pasukan itu menjuarai Liga Perdana Inggeris di pusat bandar Liverpool, pada Isnin.

Menurut pihak kesihatan Britain, 27 mangsa telah dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut, termasuk dua individu yang mengalami kecederaan serius — salah seorangnya merupakan seorang kanak-kanak. Sementara itu, 20 lagi mangsa dirawat di tempat kejadian kerana kecederaan ringan.

Ketua Perkhidmatan Ambulans NHS North West, David Kitchin, memaklumkan bahawa empat daripada mangsa yang cedera adalah kanak-kanak.

Polis Merseyside mengesahkan pemandu kereta terbabit, seorang lelaki tempatan berusia 53 tahun, telah ditahan di lokasi kejadian untuk membantu siasatan.

Sumber: Astro Awani

Alym Asri

Sebagai Pengacara & Ketua Editorial NAZZ&CO™ Media, Alym Asri memiliki kepakaran meluas dalam pengendalian siaran langsung, interaksi audiens, dan promosi kandungan digital. Beliau merupakan nadi kreatif yang sentiasa memacu idea-idea inovatif untuk menghasilkan video berimpak tinggi dan terus relevan di pasaran.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy