NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Nak Kereta Flawless Raya Nanti? DIY Je, Tak Perlu Modal Besar!

Nak Kereta Flawless Raya Nanti? DIY Je, Tak Perlu Modal Besar!

Raya nak dekat, bukan je baju dan rumah kena tip-top, kereta pun mesti on point! ✨ Tapi tak perlu belanja besar, cukup dengan barang yang ada di rumah, anda boleh DIY je. Jom buat kereta nampak macam baru!

1️⃣ Kulit Kerusi Sentiasa Berkilat

Nak upholsteri kulit nampak fresh? Sapukan minyak zaitun untuk efek berkilat dan elak permukaan daripada merekah. Simple tapi berkesan!

2️⃣ Lampu Kereta Kekal Bersinar

Lampu kabur buat kereta nampak kusam? Sapu ubat gigi, biarkan sekejap, kemudian bilas. Hasilnya? Lampu kembali bersinar macam baru!

3️⃣ Kesan Gam Melekit? No Problem!

 

 

Pelekat lama tinggalkan kesan gam? Basahkan dengan cuka, tunggu beberapa minit, dan kikis perlahan-lahan. Masalah selesai!

4️⃣ Karat? Cuba Coca Cola!

Coca Cola bukan sekadar minuman—ia juga boleh menanggalkan karat! Sapukan pada bahagian berkarat sebelum merebak. 

5️⃣ Habuk Degil di Celah-Celah? ‘Slime’ Kan Ada!

Buat ‘slime’ sendiri dengan Borax, air suam, dan gam. Tekapkan pada celah-celah sukar dicapai untuk tarik habuk dengan mudah.

6️⃣ Bulu Haiwan Melekat? Bilah Wiper Kan Ada!

Basahkan tempat duduk, kemudian gunakan bilah pembersih cermin untuk tarik semua bulu haiwan yang melekat. Hasilnya, bersih macam baru!

7️⃣ Tayar Berkilat Seperti Baru

Gabungkan serbuk penaik dan sabun pencuci pinggan, gosok pada tayar, dan bilas. Confirm nampak macam baru keluar dari showroom!

Tak perlu belanja besar, tak perlu ke bengkel mahal. Dengan trik DIY ni, kereta anda siap untuk beraya dalam gaya! 🚘💨

Alym Asri

Sebagai Pengacara & Ketua Editorial NAZZ&CO™ Media, Alym Asri memiliki kepakaran meluas dalam pengendalian siaran langsung, interaksi audiens, dan promosi kandungan digital. Beliau merupakan nadi kreatif yang sentiasa memacu idea-idea inovatif untuk menghasilkan video berimpak tinggi dan terus relevan di pasaran.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy