NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Penghadang Jalan Adalah Pelindung atau Ancaman Nyawa?

Penghadang Jalan Adalah Pelindung atau Ancaman Nyawa?

Penggunaan penghadang besi di jalan raya kini menimbulkan persoalan keselamatan apabila ia boleh bertukar menjadi “pisau di jalanan” dalam insiden kemalangan, seperti yang berlaku dalam tragedi yang meragut 15 nyawa pelajar UPSI di Jalan Raya Timur-Barat.

Prof Madya Dr Masria Mustafa dari UiTM berkata, audit menyeluruh perlu dilakukan terhadap reka bentuk, pemasangan dan bahan penghadang. Penghadang direka untuk keselamatan, tetapi jika tidak sesuai dengan lokasi dan keadaan lalu lintas, ia boleh mengancam nyawa.

Beliau menekankan pemilihan penghadang harus mengambil kira pelbagai faktor termasuk lenturan semasa pelanggaran, jenis kenderaan yang melalui, struktur tanah, dan juga kos penyelenggaraan jangka panjang. Tiga jenis utama yang digunakan di Malaysia ialah Rigid, Semi-Rigid dan Flexible barriers.

Masria juga menyarankan penggunaan teknologi AI untuk menilai pemasangan dan keadaan penghadang secara lebih tepat dan berkesan.

Ahli Parlimen Gerik pula menggesa Jalan Raya Timur-Barat dinaik taraf segera kerana struktur sedia ada sudah usang dan tidak lagi sesuai digunakan, terutama kerana ia melalui kawasan hutan simpan dan berbukit.

Sumber: Berita Harian

Alym Asri

Sebagai Pengacara & Ketua Editorial NAZZ&CO™ Media, Alym Asri memiliki kepakaran meluas dalam pengendalian siaran langsung, interaksi audiens, dan promosi kandungan digital. Beliau merupakan nadi kreatif yang sentiasa memacu idea-idea inovatif untuk menghasilkan video berimpak tinggi dan terus relevan di pasaran.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy