Sime Motors Serah Hadiah Utama BMW 2 Series Sempena Kemuncak Sambutan Ulang Tahun Ke-45

Sime Motors Serah Hadiah Utama BMW 2 Series Sempena Kemuncak Sambutan Ulang Tahun Ke-45

PETALING JAYA – Sime Motors secara rasminya melabuhkan tirai Kempen Hadiah Hebat Ulang Tahun Ke-45 dengan upacara penyerahan hadiah utama berupa sebuah jentera mewah BMW 2 Series Gran Coupé. 

Jeffrey Gan, Pengarah Urusan, Asia Tenggara, Sime Motors berkata kempen ini merupakan cara syarikat meraikan 45 tahun kepercayaan dan pakatan dengan para pelanggan.

“Angka penyertaan sungguh menggalakkan, dan kami gembira untuk menutup tirai sambutan ini dengan menyampaikan BMW 2 Series Gran Coupé kepada pemenang hadiah utama,” katanya dalam kenyataan media.

Kemenangan ini menandakan berakhirnya sambutan besar-besaran di seluruh negara yang menawarkan ganjaran keseluruhan bernilai sehingga RM400,000 sebagai tanda penghargaan kepada para pelanggan setia.

Kempen yang telah berlangsung sehingga 31 Disember 2025 ini dilaporkan mendapat sambutan yang luar biasa dengan penyertaan menyeluruh daripada komuniti automotif. 

Sepanjang tempoh tersebut, seramai 44 orang pemenang telah terpilih melalui beberapa siri cabutan, yang mana setiap kemenangan melambangkan sokongan kukuh pelanggan terhadap perjalanan kecemerlangan Sime Motors selama 45 tahun dalam industri. 

Muhamad Bukhari Bin Muhamad Shukor, yang merupakan pelanggan dari cawangan Sime Darby Auto Selection Ara Damansara, telah dinobatkan sebagai pemenang bertuah bagi hadiah utama tersebut dalam satu majlis kemuncak yang diadakan baru-baru ini.

Selain Muhamad Bukhari, majlis tersebut turut mengumumkan tiga lagi pemenang hadiah sagu hati iaitu Chia Sin Ye (Sime Darby Auto Selection Glenmarie), Melinda Yap Sook Phin (Sime Darby Auto Bavaria Ara Damansara) dan Alethia Ngo Bei Er (Sime Darby Auto Bavaria Balakong). 

Selain hadiah utama, seramai 43 pemenang lain turut membawa pulang pelbagai ganjaran hebat, sekali gus menjadikan inisiatif ini sebagai salah satu kempen penglibatan pelanggan paling menarik yang pernah dianjurkan oleh syarikat setakat ini.

Kejayaan kempen ini bukan sahaja meraikan pemenang individu, malah memperkukuh komitmen syarikat dalam membawakan pengalaman pelanggan yang luar biasa serta membina hubungan yang berkekalan dengan komuniti.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD