BMW Group Malaysia secara rasmi telah mengumumkan harga bagi model baharu BMW X3 20 xDrive M Sport, BMW 320i Sport, dan motosikal baharu BMW R 1300 RT. Ketiga-tiga model ini telah dipertontonkan sebelum ini di acara MY BMW World 2025 dan kini boleh didapati di semua pengedar sah BMW di seluruh negara.
BMW X3 kekal sebagai model seimbang antara pemanduan sporty dan keselesaan jarak jauh. Model terbaharu, BMW X3 20 xDrive M Sport hadir dengan rekaan lebih moden dan garisan tajam.
Sementara itu, BMW 320i Sport tampil lebih bergaya dan kemas sempena ulang tahun ke-50 BMW 3 Series, sesuai untuk penampilan profesional dan prestasi yang lebih baik.
BMW R 1300 RT pula membuat kemunculan sulung di rantau Asia Pasifik. Motosikal ini direka untuk perjalanan jarak jauh dengan ciri sporty, menggunakan casis baharu, reka bentuk ergonomik boleh laras dan sistem elektronik canggih bagi memastikan keselesaan dan prestasi maksimum.
BMW turut memperkenalkan inisiatif “Relax. We Care.” untuk meningkatkan pengalaman pemilikan. Program ini menyediakan pelbagai perkhidmatan seperti BMW Service Promise dan BMW Proactive Care, yang menggunakan data masa nyata untuk mengesan masalah awal. Teknologi BMW ConnectedDrive membolehkan kemas kini perisian dan pemantauan kenderaan secara langsung.
Program BMW Service & Repair Inclusive (BSRI) pula menawarkan jaminan tanpa had perbatuan selama 5 tahun. Bagi kenderaan elektrik (BEV), servis dilindungi selama 6 tahun tanpa had perbatuan dan bateri dijamin selama 8 tahun. Sokongan BMW Roadside Assistance tersedia 24/7 termasuk khidmat tunda, kereta ganti dan penginapan hotel ketika kecemasan.
Semua perkhidmatan ini termasuk dalam Kempen Kereta Baharu BMW yang menjanjikan pengalaman pemilikan yang lancar dan bebas kerisauan dari hari pertama.
Melalui pelan pembiayaan Easy Drive oleh BMW Group Financial Services Malaysia, BMW X3 20 xDrive M Sport dan BMW 320i Sport boleh dimiliki dengan bayaran bulanan serendah RM3,610 dan RM3,110 (berdasarkan pinjaman 80% selama 5 tahun dan termasuk rebat RM8,000). Pembeli juga menerima kereta ganti percuma serta rebat insurans komprehensif tahun pertama sebanyak RM5,000.
Jika memilih pelan Straight Line Financing, bayaran bulanan bermula dari RM3,785 untuk X3 dan RM3,136 untuk 320i Sport (pinjaman 80%, tempoh 7 tahun).
Kedua-dua pelan ini termasuk perlindungan insurans BMW Protection+ yang melindungi kemalangan, kecurian, perlindungan bayaran balik pinjaman, kerosakan akibat banjir, kerosakan rim, dan sebagainya.
Bagi BMW R 1300 RT, bayaran bulanan bermula dari RM2,308 (pinjaman 90%, tempoh 7 tahun).
Pemilik BMW X3 dan 320i Sport turut menerima faedah Pemilikan Premium BMW yang merangkumi:
Bantuan tepi jalan 24 jam dan talian kecemasan
Akses kepada perkhidmatan dalam talian BMW
Harga rasmi (tanpa insurans):
BMW X3 20 xDrive M Sport: RM320,800 hingga RM348,700 (termasuk jaminan & servis 5 tahun)
BMW 320i Sport: RM265,800 hingga RM292,200 (termasuk jaminan & servis 5 tahun)
BMW R 1300 RT:
Alpine White: RM165,500
Triple Black: RM168,500
Impulse: RM171,500
Triple Black Limited Edition: RM175,500 (termasuk jaminan & bantuan tepi jalan 3 tahun)