Lelaki Maut Terbabas, Motosikal Jatuh Ke Dalam Sungai

Lelaki Maut Terbabas, Motosikal Jatuh Ke Dalam Sungai

Seorang lelaki dalam lingkungan usia 50-an ditemui meninggal dunia selepas motosikal yang ditungganginya dipercayai terbabas lalu terjatuh ke dalam sebatang anak sungai berhampiran kebunnya di Lata Telaga 7, Kampung Repoh, Batu Kurau, petang semalam.

Menurut Pemangku Penolong Pengarah Operasi JBPM Perak, Shazlean Mohd. Hanafiah, mangsa difahamkan hilang kawalan ketika menunggang di kawasan lereng bukit sebelum terhumban ke dalam sungai.

Bomba menerima panggilan daripada pihak polis bagi bantuan operasi. Setibanya di lokasi, anggota terpaksa menggunakan kenderaan utiliti dan melalui laluan sempit sejauh 1 kilometer untuk sampai ke sungai dari jalan besar.

Selepas polis selesai menjalankan siasatan, anggota bomba membantu mengangkat mayat mangsa dari dalam sungai ke daratan sebelum diserahkan semula kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Sumber: KOSMO!

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD