Dua lelaki maut dalam satu kemalangan membabitkan kenderaan pacuan empat roda yang merempuh belakang sebuah lori lima tan di Kilometer 253 Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan, awal pagi Rabu.
Menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 5.51 pagi.
Susulan laporan tersebut, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Meru Raya bersama pasukan bantuan dari BBP Kuala Kangsar dikerahkan ke lokasi kejadian.
“Siasatan awal mendapati kenderaan jenis Ford pacuan empat roda terbabit telah melanggar bahagian belakang lori Hino yang membawa muatan baja. Setibanya pasukan di lokasi, dua mangsa lelaki iaitu pemandu berusia 25 tahun dan penumpang berusia 22 tahun didapati tersepit di dalam kenderaan,” katanya dalam kenyataan.
Tambah Sabarodzi, operasi penyelamatan dijalankan menggunakan konsep SAVER, melibatkan penggunaan peralatan khas seperti pemotong hidraulik dan alat telescopic bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit.
Pasukan perubatan Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan kedua-dua mangsa meninggal dunia di tempat kejadian. Jenazah mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
Operasi tamat sepenuhnya pada jam 7.50 pagi dan diketuai oleh Pegawai Bomba Kanan II Suhaimi Ab Samad.
Sumber: Astro Awani
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?
Pencabar Baharu Tesla, Xiaomi SU7 Menerima Tempahan Sebanyak 88,898 Unit Selepas 24 Jam Dilancarkan
Tiada Lagi Pinjaman Penuh untuk Beli Kereta?