Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) memaklumkan bahawa laluan lencongan sementara telah diaktifkan sepenuhnya bagi memastikan aliran trafik lancar susulan penutupan lorong arah Kuantan di Lebuhraya Kuala Lumpur–Karak (KLK).
Penutupan tersebut melibatkan lorong di antara Kilometer (KM) 25.75 hingga KM 27.1, bermula dari 8 Julai hingga 8 Ogos, bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pemasangan rasuk portal bagi struktur Road Under Bridge (RUB14).
Menurut kenyataan yang dikeluarkan pihak ECRL, penutupan ini telah dibincangkan dan mendapat kelulusan daripada Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM).
“Sebagai langkah mitigasi, jalan lencongan telah dibuka sepenuhnya, menyediakan tiga lorong bagi setiap arah untuk mengekalkan kelancaran trafik sepanjang tempoh pelaksanaan kerja,” jelas kenyataan itu.
Pihak ECRL turut menasihatkan semua pengguna lebuh raya agar sentiasa mematuhi papan tanda dan arahan keselamatan di lokasi, memperlahankan kenderaan ketika melalui kawasan kerja, serta sentiasa berwaspada demi keselamatan bersama.
“Kami menghargai kesabaran dan kerjasama para pengguna jalan raya sepanjang pelaksanaan kerja ini, dan memohon maaf atas segala kesulitan yang timbul.
Keselamatan dan kelancaran trafik kekal menjadi keutamaan kami, sepanjang tempoh pembinaan ini,” menurut kenyataan tersebut.
SUMBER : SinarHarian
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?
Pencabar Baharu Tesla, Xiaomi SU7 Menerima Tempahan Sebanyak 88,898 Unit Selepas 24 Jam Dilancarkan
Tiada Lagi Pinjaman Penuh untuk Beli Kereta?