Seorang wanita mengalami detik mencemaskan apabila kenderaannya dirempuh oleh sebuah lori yang dipercayai mengalami masalah brek dan hilang kawalan di persimpangan lampu isyarat Jalan Bukit Cerakah – Jalan Meru Tambahan, kelmarin.
Insiden yang berlaku sekitar jam 5.20 petang itu menyebabkan wanita berkenaan mengalami kecederaan ringan dan menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR).
Menurut Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao, kemalangan berlaku apabila lori yang datang dari arah Bukit Cerakah gagal dikawal ketika menuruni bukit.
Lori tersebut dipandu oleh seorang lelaki tempatan berusia 29 tahun.
“Lori itu kemudiannya merempuh sebuah kereta yang dipandu wanita tersebut ketika dia sedang melalui lampu isyarat hijau, sebelum lori itu terbabas ke bahu kiri jalan,” katanya menurut laporan Kosmo!.
Beliau berkata, pemandu kereta dihantar ke HTAR untuk rawatan manakala pemandu lori tidak mengalami sebarang kecederaan dan telah membuat laporan polis.
Kes disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Sarjan Hafizi Abdullah di talian 014-2772311 atau hadir ke balai polis berdekatan.
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?
Pencabar Baharu Tesla, Xiaomi SU7 Menerima Tempahan Sebanyak 88,898 Unit Selepas 24 Jam Dilancarkan
Tiada Lagi Pinjaman Penuh untuk Beli Kereta?