NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive, Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Lamborghini Temerario Rasmi Dilancarkan di Malaysia: Harga Bermula RM1.35 Juta

Lamborghini Temerario Rasmi Dilancarkan di Malaysia: Harga Bermula RM1.35 Juta

Lamborghini Kuala Lumpur telah melancarkan Lamborghini Temerario secara rasmi hari ini ke dalam pasaran Malaysia. Ia kini hadir sebagai sebuah kenderaan hibrid berprestasi tinggi (HPEV) yang menawarkan gabungan kuasa, keselesaan, dan keseronokan pemanduan.

Model ini merupakan pelengkap kepada barisan kenderaan hibrid Lamborghini dan yang kedua dalam siri HPEV selepas Revuelto yang diperkenalkan pada 2023, serta hadir selepas pelancaran Urus SE, SUV hibrid plug-in pertama Lamborghini.

Ia dilengkapi enjin V8 hibrid twin-turbo yang dibangunkan sepenuhnya di Sant’Agata Bolognese, Itali. Digabungkan dengan tiga motor elektrik, ia menghasilkan 920 HP dan boleh mencapai sehingga 10,000 rpm. Dengan sistem ini, Temerario mampu memecut dari 0 ke 100 km/j dalam hanya 2.7 saat dan mencapai kelajuan maksimum 343 km/j.

Dibina untuk kegunaan di litar mahupun di jalan biasa, Temerario hadir dengan casis aluminium baharu yang meningkatkan ketegaran dan menjamin pemanduan yang selesa dan stabil. Ruang dalamannya juga lebih luas dan mampu memuatkan lebih banyak barangan.

Dari segi aerodinamik, Lamborghini menggunakan reka bentuk baharu yang lebih efisien dan bergaya. Ia turut menampilkan Lamborghini Vision Unit, sistem multimedia paling canggih Lamborghini yang memberikan pengalaman digital menyeluruh, membolehkan pemandu berinteraksi dengan kenderaan, serta merakam dan berkongsi pengalaman pemanduan.

Temerario dipamerkan dengan warna matte Blu Marinus pada majlis pelancarannya hari ini, selain dua lagi model hibrid Lamborghini, Revuelto dan Urus SE yang turut dipamerkan.

Para tetamu turut berpeluang menjelajah pilihan penyesuaian khas menerusi program Lamborghini Ad Personam yang menawarkan lebih 400 pilihan warna luaran, rekaan dalaman istimewa dan sentuhan peribadi dengan bantuan pakar khas.

Tempahan telah dibuka untuk pasaran Malaysia dengan harga bermula dari RM1,350,000 (sebelum cukai dan duti) tidak termasuk pilihan dan ciri tambahan yang ditawarkan.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD