Mahu Elak Bayar Tol, Pemandu BMW Dikecam kerana Tumpang Tol Orang

Mahu Elak Bayar Tol, Pemandu BMW Dikecam kerana Tumpang Tol Orang

Seorang pemandu BMW dikecam hebat oleh pengguna media sosial selepas tindakannya mengelak daripada membayar tol dan ‘menumpang’ kereta di hadapan tular di internet.

Melalui sebuah video yang dimuat naik di laman Facebook Himpunan Cerita Lawak, kelihatan sebuah BMW biru berjaya melepasi tol tanpa membayar dengan cara rapat dan mengekori rapat kereta di depannya.

Dalam rakaman tersebut, pemandu BMW itu terlebih dahulu membiarkan kereta di hadapannya bergerak, sambil menyalakan lampu isyarat kecemasan. Setelah kereta mangsa selesai membuat bayaran tol, BMW itu terus memecut laju sebelum palang sempat turun.

Aksi tersebut dirakam menerusi kamera papan pemuka (dashcam) kereta mangsa, namun lokasi dan masa sebenar kejadian tidak dinyatakan.

Meninjau ruangan komen, ramai netizen mengecam sikap pemandu BMW berkenaan kerana enggan membayar tol dan membebankan pengguna jalan raya lain.

Antara komen yang ditinggalkan termasuklah daripada Rozana Ismail yang berkata, “Buat malu je, nak bergaya tol pun kedekut nak bayar.”

Seorang lagi pengguna, Hairudin Dinangah pula menulis, “Sepatutnya lepaskan palang sikit, tunggu palang jatuh baru tekan terus.”

Sumber : Kosmo!

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD