Hyundai Motor Company telah mengumumkan keputusan kewangannya untuk suku kedua tahun 2025. Syarikat itu mencatatkan pendapatan suku tahunan tertinggi pernah dicapai iaitu sebanyak KRW 48.29 trilion, meningkat 7.3% berbanding tempoh yang sama tahun lalu.
Namun begitu, walaupun pendapatan meningkat, keuntungan operasi menurun sebanyak 15.8% kepada KRW 3.6 trilion, dengan margin keuntungan operasi sebanyak 7.5%. Penurunan ini disebabkan oleh peningkatan insentif promosi dalam pasaran yang sangat kompetitif serta kesan daripada keadaan perdagangan global. Keuntungan bersih termasuk kepentingan bukan kawalan juga turun sebanyak 22.1% kepada KRW 3.25 trilion.
Hyundai menjual 1,065,836 kenderaan di seluruh dunia dari April hingga Jun 2025, iaitu peningkatan kecil sebanyak 0.8% berbanding tempoh yang sama pada tahun 2024. Jualan di luar Korea meningkat sebanyak 0.7% kepada 877,296 unit, terutamanya disebabkan permintaan kukuh di Amerika Utara. Model popular seperti Tucson, Santa Fe dan Elantra (juga dikenali sebagai Avante di sesetengah pasaran) menyumbang kepada pertumbuhan ini.
Di Korea, jualan meningkat 1.5% kepada 188,540 unit, didorong oleh pelancaran model baharu seperti Palisade dan SUV Ioniq 9.
Jualan global kenderaan elektrifikasi melonjak 36.4% berbanding tahun lalu kepada 262,126 unit. Model hibrid menjadi penyumbang utama dengan jualan rekod sebanyak 168,703 unit, meningkat 38.5%. Jualan kenderaan elektrik (EV) juga menunjukkan peningkatan, terutamanya di pasaran Eropah.
Untuk suku kedua ini, Hyundai akan membayar dividen sebanyak KRW 2,500 sesaham, selaras dengan sasaran syarikat untuk mengagihkan sekurang-kurangnya 25% daripada keuntungan bersih kepada pemegang saham.
Walaupun berdepan ketidaktentuan dalam perdagangan global dan cabaran di pasaran membangun, Hyundai tetap komited untuk mengekalkan momentum pertumbuhan sepanjang separuh kedua tahun ini dengan menyesuaikan diri secara fleksibel mengikut perubahan pasaran dan memperkukuh daya saing jangka panjang.
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?
Pencabar Baharu Tesla, Xiaomi SU7 Menerima Tempahan Sebanyak 88,898 Unit Selepas 24 Jam Dilancarkan
Tiada Lagi Pinjaman Penuh untuk Beli Kereta?