Prestasi jualan bulan Julai telah diumumkan oleh Proton dengan penjualannya mencapai 13,518 unit kenderaan (domestik & eksport) dan masih berjaya mengukuhkan kedudukan mereka di tempat kedua bagi jualan kenderaan di Malaysia.
Data jualan menunjukkan peningkatan berbanding dengan jumlah jualan pada Jun iaitu sebanyak 11,069 unit. Jualan keseluruhan bagi tujuh bulan pertama tahun ini telah merekodkan sebanyak 85,674 unit berjaya dijual oleh Proton. Dengan angka ini, Proton menjangkakan pegangan pasaran mereka kini berada pada sekitar 19.3%.
Proton Saga masih lagi mengekalkan kedudukannya sebagai model paling laris di dalam Proton dengan jumlah jualannya pada Julai mencapai 6,638 unit, hasil terbaik setakat ini untuk model tersebut pada tahun 2025.
Dilancarkan pada 24 Julai, Proton X50 Serba Baharu berjaya mengakhiri Julai dengan jumlah jualan melebihi 2,000 unit buat kali ketiga pada tahun 2025 dan mencapai angka 2,068 unit.
Proton S70 juga menunjukkan prestasi yang hebat dan mengagumkan di mana sebanyak 1,404 unit berjaya dijual pada Julai. Ini menjadikan jumlah kumulatif tahunannya mencapai 10,750 unit dan sekaligus mengungguli dalam model sedan segmen-C.
Ia seterusnya disambung oleh Proton Persona dengan jumlah jualannya sebanyak 1,499 unit, Proton X70 sebanyak 617 unit, Proton Iriz sebanyak 329 unit dan Proton X90 sebanyak 229 unit pada Julai 2025.
Jumlah jualan eksport YTD Proton pula kini adalah 2,258 unit, 44.1% lebih banyak daripada tahun 2024 dengan Proton X50 mengatasi Proton Saga sebagai model eksport paling popular. Ketiga dalam senarai model eksport ialah Proton e.MAS 7 dan dengan 20 unit lagi dieksport pada Julai, volum eksport YTDnya kini berada pada 270 unit.
Dalam segmen jualan kenderaan elektrik (EV), Proton e.MAS7 terus menjadi peneraju berbanding semua model EV lain. Sebanyak 706 unit (domestik dan eksport) Proton e.MAS7 terjual pada bulan Julai, meningkatkan jumlah kumulatif YTD suku pertama 2025 kepada 4,959 unit.
“Selepas prestasi kurang memberangsangkan pada bulan Jun, jualan model Proton meningkat hampir 2,500 unit atau 22.1% pada bulan Julai, memberikan syarikat permulaan yang hebat bagi separuh kedua tahun 2025,” kata Zhang Qiang, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Proton Edar.
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?
Pencabar Baharu Tesla, Xiaomi SU7 Menerima Tempahan Sebanyak 88,898 Unit Selepas 24 Jam Dilancarkan
Tiada Lagi Pinjaman Penuh untuk Beli Kereta?