Jetour Malaysia mencatat kejayaan membanggakan sejak memulakan operasi pemasangan tempatan (CKD) pada Jun 2025. Dalam tempoh tiga bulan pertama sejak Jetour dilancarkan, lebih 2,000 tempahan telah diterima dengan lebih 1,000 unit Jetour Dashing dan VT9 telah diserahkan kepada pelanggan.
Kejayaan tersebut turut diperkukuh dengan perkembangan pesat rangkaian jualan dan servis Jetour. Sehingga Ogos 2025, sebanyak 20 pengedar sah beroperasi di seluruh Semenanjung Malaysia, lengkap dengan kemudahan jualan, servis, alat ganti serta Body & Paint.
Di Lembah Klang, outlet terletak di Bukit Jalil, Klang, Cheras, Sungai Long, Setia Alam, Kepong, Damansara, Puchong, Shah Alam (Glenmarie), Jalan Kuching dan Ampang. Rangkaian di Utara meliputi Ipoh, Pulau Pinang dan Alor Setar, manakala di Selatan pula melibatkan Johor Bahru dan Melaka.
“Pertumbuhan rangkaian jualan dan servis di Malaysia menunjukkan keyakinan serta sambutan hangat daripada pelanggan tempatan. Kami komited menawarkan kenderaan berkualiti tinggi serta pengalaman pemilikan yang lancar, mendekatkan semangat ‘adventure’ Jetour kepada setiap pemandu di negara ini,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Jetour Malaysia, Fu Yong.
Setiap pusat jualan Jetour menawarkan peluang untuk mencuba model terkini melalui sesi pandu uji, konsultasi peribadi, serta kemudahan mesra pelanggan termasuk lounge premium dan ruang servis khusus. Semua juruteknik Jetour bertauliah adalah daripada Jetour Global Academy, memastikan standard perkhidmatan bertaraf antarabangsa dikekalkan.
Menjelang hujung 2025, Jetour menyasarkan untuk menambah jumlah pusat jualan dan servis kepada 30 buah di seluruh negara. Antara lokasi baharu termasuk Petaling Jaya, Putrajaya, Seri Kembangan, Sunway, Kota Damansara, Sungai Petani, Bayan Lepas, Seremban, Kuantan, Kota Bharu serta pusat pertama di Sabah dan Sarawak seperti Kuching, Kota Kinabalu, Sandakan dan Tawau.
Jetour turut menawarkan pakej perlindungan komprehensif merangkumi waranti enjin 10 tahun/1,000,000 km, waranti kenderaan 7 tahun/150,000 km serta lima kali servis percuma (termasuk alat ganti dan kos buruh).
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?
Pencabar Baharu Tesla, Xiaomi SU7 Menerima Tempahan Sebanyak 88,898 Unit Selepas 24 Jam Dilancarkan
Tiada Lagi Pinjaman Penuh untuk Beli Kereta?