Polis Cedera Ditembak, Mayat Wanita Ditemui Dalam Kereta

Seorang anggota polis cedera selepas ditembak dan ditikam oleh seorang suspek ketika cuba memeriksa sebuah kereta mencurigakan di Simpang Pulai, awal pagi Ahad.

Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 1.15 pagi ketika pasukan rondaan Balai Polis Simpang Pulai mengesan sebuah kereta mencurigakan di Taman Desa Pakatan.

Bagaimanapun, pemandu kenderaan tersebut enggan berhenti dan melarikan diri sebelum ditinggalkan di kawasan kebun kelapa sawit.

“Ketika cubaan tangkapan, berlaku pergelutan antara suspek dan seorang anggota polis. Suspek merampas pistol mangsa lalu melepaskan tembakan ke arah perut serta menikam anggota terbabit sebelum melarikan diri bersama senjata berkenaan,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Mangsa berusia 26 tahun berpangkat konstabel kini dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) dan dilaporkan dalam keadaan stabil.

Pemeriksaan lanjut ke atas kereta yang ditinggalkan suspek menemukan mayat seorang wanita di bahagian tempat duduk belakang. Identiti serta punca kematian masih dalam siasatan dan bedah siasat akan dijalankan di HRPB.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302/307 Kanun Keseksaan serta Seksyen 3 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971.

Orang ramai boleh menghubungi Pegawai Penyiasat, Asisten Superintenden Fadli Ahmad di talian 012-2500019 jika mempunyai maklumat-maklumat yang berkaitan dengan kes kejadian.

Sumber: Sinar Harian

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2023 Copyright. All Rights Reserved. NAZZNCO (M) SDN BHD