NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Seorang Youtuber Ditahan, Bina Platform Rumah Terapung 2 Tingkat di Tengah Laut

Seorang Youtuber Ditahan, Bina Platform Rumah Terapung 2 Tingkat di Tengah Laut

Hasrat seorang youtuber terkenal untuk menonjolkan binaan platform terapung dua tingkat lengkap dengan bilik tidur dan sebuah kereta mewah terbantut selepas diserbu Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) di perairan Pulau Bidong, semalam.

Dalam operasi sekitar jam 6 petang itu, APMM menyita platform berkenaan yang ditunda oleh sebuah bot pada jarak hampir 30 kilometer dari barat laut perairan Kuala Terengganu.

Menurut Pengarah Maritim Terengganu, Kepten Maritim Hamiludin Che Awang, pihaknya turut menahan enam individu berusia antara 21 hingga 32 tahun, termasuk pempengaruh lelaki tersebut.

“Siasatan mendapati platform yang membawa sebuah kereta di atasnya ditunda menggunakan bot penumpang, manakala sebuah lagi bot berperanan sebagai pengiring. Difahamkan ia digunakan sebagai lokasi penggambaran,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Hamiludin menambah, pemeriksaan awal mendapati struktur platform itu tidak dilengkapi peralatan keselamatan asas, sekali gus berisiko membahayakan kru serta penumpang. Selain itu, operasi menunda juga dijalankan tanpa lesen sah daripada Jabatan Laut.

“Tindakan ini bukan sahaja melanggar peraturan, malah boleh mengancam nyawa mereka yang terlibat serta pengguna perairan lain,” jelasnya. – Kosmo!

Melissa Alias

Melissa Alias merupakan antara pelopor terawal meja editorial NAZZ&CO™ Media. Dengan kepakaran meluas dalam kewartawanan automotif, beliau telah mengendalikan ratusan liputan eksklusif pelancaran model baharu, analisis insiden jalan raya, dan laporan siaran media rasmi yang membentuk asas kukuh kewartawanan digital portal ini.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy