passionately driven

Lebih 1,000 Pemilik Isuzu D-Max Meriahkan Konvoi Merdeka Seluruh Negara

Lebih 1,000 Pemilik Isuzu D-Max Meriahkan Konvoi Merdeka Seluruh Negara

Sambutan Hari Kebangsaan ke-68 tahun ini jadi lebih meriah dengan kehadiran lebih 1,000 pemilik Isuzu D-Max yang bersama-sama menyertai Isuzu Merdeka Convoy di seluruh negara.

Konvoi ini bermula dari 39 pengedar sah Isuzu di pelbagai negeri, sebelum pemilik D-Max bergerak ke lokasi tarikan tempatan masing-masing sebagai tanda semangat patriotik, meraikan hari istimewa ini bersama keluarga dan rakan-rakan pemilik lain.

Di Seremban, ketika majlis pelepasan konvoi, Ketua Pegawai Eksekutif Isuzu Malaysia, Tomoyuki Yamaguchi, menzahirkan rasa kagum dengan semangat rakyat Malaysia.

“Konvoi Merdeka Isuzu kini jadi platform hebat untuk pelanggan mempamerkan semangat cinta negara. Sangat menyentuh hati bila lihat rakyat dari pelbagai latar belakang berkumpul atas satu semangat,” tambahnya.

Pelbagai aktiviti turut diadakan sepanjang konvoi, daripada lawatan kebun buah, berkelah, pesta durian, melancong ke lokasi pelancongan, island hopping hinggalah ke aktiviti ekstrem.

Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi Isuzu Light Commercial Vehicle Division, Kenichi Kudo, berkata konvoi ini bukan sekadar sambutan Merdeka, tapi juga peluang untuk pemilik menikmati keindahan Malaysia dengan jentera pikap yang terbukti tahan lasak dan jimat minyak.

“Selain merayakan perpaduan Merdeka, konvoi ini jadi peluang terbaik untuk pemilik D-Max menghargai keindahan negara, sambil menikmati kepuasan pemanduan sebenar bersama Isuzu D-Max,” katanya.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2025 NAZZNCO (M) SDN BHD