PROTON New Energy Technology Sdn Bhd (PRO-NET) sekali lagi mencatat sejarah apabila Proton e.MAS 7 diumumkan sebagai kenderaan elektrik (EV) No.1 di Malaysia bagi Ogos 2025.
Sejak 1 Januari hingga 31 Ogos, jumlah penghantaran terkumpul sudah mencecah 5,811 unit yang terdiri daripada 5,455 unit jualan tempatan dan 356 unit eksport ke empat pasaran antarabangsa.
Dengan pencapaian ini, e.MAS 7 telah mengekalkan kedudukan sebagai EV paling laris di Malaysia selama 8 bulan berturut-turut, sejak awal tahun ini. Berdasarkan data pendaftaran JPJ, hampir satu daripada empat EV di Malaysia adalah Proton e.MAS 7 dengan penguasaan pasaran sebanyak 24%.
“Kereta ini dibangunkan untuk rakyat Malaysia. Kami sentiasa mendengar maklum balas pelanggan untuk menjadikannya lebih baik. Contohnya, pelancaran varian baharu pada Julai lalu yang hadir dengan over-the-air updates, pilihan warna baru dan rekaan dalaman lebih segar,” kata Ketua Pegawai Eksekutif PRO-NET, Zhang Qiang.
Setiap kejayaan yang kami capai datang daripada keyakinan anda. Kami komited untuk terus memberi nilai berpanjangan serta meningkatkan pengalaman pemilikan e.MAS 7 di Malaysia,” katanya.
Ogos 2025 turut menandakan satu lagi detik penting iaitu pembukaan rasmi kilang EV pertama Proton di Tanjung Malim. Jika sebelum ini e.MAS 7 diimport sepenuhnya (CBU) dari China bagi memenuhi permintaan awal, kini ia bakal dipasang secara tempatan (CKD).
Kilang baharu dalam kawasan Automotive High Technology Valley (AHTV) itu mempunyai kapasiti awal 20,000 unit setahun, dengan keupayaan meningkat hingga 45,000 unit mengikut permintaan. Langkah ini akan membuka peluang pekerjaan berkemahiran tinggi, melibatkan vendor tempatan, dan sekali gus mengukuhkan ekosistem EV negara.
Langkah Proton ini juga seiring dengan aspirasi kerajaan untuk menjadikan Tanjung Malim sebagai hab EV Malaysia, seperti disuarakan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang turut menyatakan hasrat melancarkan Proton EV pada harga kompetitif menjelang Sidang Kemuncak ASEAN Oktober 2025.
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?
Pencabar Baharu Tesla, Xiaomi SU7 Menerima Tempahan Sebanyak 88,898 Unit Selepas 24 Jam Dilancarkan
Tiada Lagi Pinjaman Penuh untuk Beli Kereta?