NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive, Travel & Lifestyle Media Powerhouse

GAC EMKOO Terima Penarafan 5-Bintang dari ASEAN NCAP

GAC EMKOO Terima Penarafan 5-Bintang dari ASEAN NCAP

Satu lagi pencapaian membanggakan buat GAC Group apabila model SUV terbaru mereka, GAC EMKOO, berjaya meraih 5-bintang penuh dalam ujian keselamatan ASEAN NCAP.

Dalam penilaian terkini yang dikendalikan oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) bersama Global NCAP, EMKOO mencatat skor keseluruhan sebanyak 84.96 mata, cukup tinggi untuk digelar antara SUV paling selamat di dalam pasaran Asia Tenggara.

Skor ujian EMKOO mengikut kategori:

  • Perlindungan Dewasa (AOP): 37.88 mata

  • Perlindungan Kanak-kanak (COP): 16.01 mata

  • Bantuan Keselamatan (SA): 18.57 mata

  • Keselamatan Penunggang Motosikal (MS): 12.50 mata

SUV 5-tempat duduk ini datang dengan pakej keselamatan lengkap seperti 6 beg udara, ESC, ABS, AEB (City, Inter-Urban & Pedestrian), Lane Keep Assist, Forward Collision Warning, Lane Departure Warning, Auto High Beam, Pedestrian Protection dan banyak lagi.

Malah, sistem AEB untuk motosikal dipasang sebagai standard untuk semua varian, menjadikan EMKOO antara SUV pertama dalam segmennya yang serius dalam menjaga penunggang motosikal.

Ujian hentaman depan dan sisi juga tunjukkan struktur kenderaan stabil serta mampu melindungi penumpang. Bahagian dada pemandu mendapat perlindungan sederhana, manakala kaki bawah mendapat perlindungan yang mencukupi. Untuk kanak-kanak pula, walaupun diuji dengan seatbelt dewasa, perlindungan kekal baik, ditambah dengan pemasangan ISOFIX standard.

Ada juga ciri pilihan menarik seperti Blind Spot Detection (BSD) dan Rear Seat Occupant Detection untuk meningkatkan lagi tahap keselamatan.

Dengan pencapaian ini, GAC EMKOO membuktikan komitmen mereka untuk masuk ke dalam pasaran ASEAN dan bukan sekadar membawa SUV bergaya, tetapi juga lengkap dengan teknologi keselamatan canggih setanding jenama besar lain.

Tahun 2025 ini juga bakal jadi tahun terakhir untuk ujian protokol ASEAN NCAP 2021–2025. Mulai Januari 2026, penilaian baru akan menggunakan protokol 2026–2030, yang pasti lebih ketat.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD