NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Polis KL Keluarkan 7,000 Notis Advokasi Dalam Dua Hari Ops PUU

Polis KL Keluarkan 7,000 Notis Advokasi Dalam Dua Hari Ops PUU

Dalam tempoh hanya dua hari, sebanyak 7,000 notis advokasi telah dikeluarkan kepada pengguna jalan raya di ibu negara menerusi Operasi Pematuhan Undang-undang (Ops PUU).

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad berkata, kesalahan paling banyak dicatatkan ialah:

  • Halangan lalu lintas – 2,879 notis

  • Langgar lampu isyarat – 1,692

  • Tidak guna laluan pejalan kaki – 780

  • Plat nombor fancy – 687

  • Tak pakai topi keledar – 336

  • Ubah suai motosikal haram – 162

  • Berhenti melepasi garisan putih – 181

  • Tak pakai tali pinggang keledar – 81

Beliau memaklumkan, pemandu kereta paling ramai dikenakan tindakan dengan 3,235 notis, manakala 780 notis turut dikeluarkan kepada pejalan kaki.

Sejak Ops PUU dilancarkan pada 6 September lalu, jumlah keseluruhan notis yang dikeluarkan sudah mencecah 42,289. Mohamed Usuf mengingatkan orang ramai supaya sentiasa patuhi undang-undang demi keselamatan bersama.

Ops PUU buat masa ini masih di peringkat advokasi di kawasan tumpuan trafik tinggi seperti Jalan Loke Yew, Jalan Sultan Ismail, Jalan Bukit Bintang, Jalan P Ramlee dan Jalan Tun Razak. Selepas fasa ini tamat, tindakan penguatkuasaan penuh akan dilaksanakan. – Berita Harian

Melissa Alias

Melissa Alias merupakan antara pelopor terawal meja editorial NAZZ&CO™ Media. Dengan kepakaran meluas dalam kewartawanan automotif, beliau telah mengendalikan ratusan liputan eksklusif pelancaran model baharu, analisis insiden jalan raya, dan laporan siaran media rasmi yang membentuk asas kukuh kewartawanan digital portal ini.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy