NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive, Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Tiada Lagi Amaran, Polis KL Mula Kuatkuasa Ops PUU Mulai 1 Oktober

Tiada Lagi Amaran, Polis KL Mula Kuatkuasa Ops PUU Mulai 1 Oktober

Bermula 1 Oktober ini, polis tidak lagi mengeluarkan amaran atau notis advokasi kepada pengguna jalan raya yang melanggar undang-undang, sebaliknya tindakan tegas akan terus dikenakan.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Komisioner Datuk Fadil Marsus berkata, langkah itu diambil selepas berakhirnya fasa awal Operasi Pematuhan Undang-Undang (Ops PUU) yang bermula pada 6 September lalu.

“Mulai 1 Oktober, tiada lagi amaran. Mana-mana pengguna jalan raya yang ingkar, kita akan terus keluarkan saman,” katanya.

Sepanjang tempoh lebih dua minggu Ops PUU (6–25 September), sebanyak 60,596 notis amaran telah dikeluarkan. Kesalahan tertinggi melibatkan halangan lalu lintas seperti parkir haram serta kegagalan mematuhi papan tanda trafik.

Menurut Fadil, Ops PUU bertujuan meningkatkan kesedaran jangka panjang tentang keselamatan jalan raya, mengurangkan kesesakan akibat halangan trafik, serta mencegah jenayah di kawasan tumpuan.

Antara lokasi utama operasi termasuk Jalan Loke Yew, Jalan Sultan Ismail, Jalan Bukit Bintang, Jalan P. Ramlee dan Jalan Tun Razak.

Butiran notis amaran yang dikeluarkan termasuk:

  • Halangan lalu lintas/parkir haram – 5,217 kes

  • Gagal patuhi papan tanda trafik – 2,489 kes

  • Tidak guna laluan pejalan kaki – 1,139 kes

  • Nombor plat fancy – 927 kes

  • Tidak pakai topi keledar – 407 kes

  • Berhenti dalam petak kuning – 219 kes

  • Tidak pakai tali pinggang keledar – 325 kes

  • Berhenti melepasi garisan putih lampu isyarat – 389 kes

  • Ubah suai motosikal secara haram – 196 kes

Paling ramai menerima notis ialah pemandu kereta (4,664 kes), diikuti penunggang motosikal (4,587) dan pejalan kaki (1,224).

“Matlamat kita ialah melahirkan masyarakat yang lebih patuh undang-undang serta menitikberatkan keselamatan jalan raya,” tegas Fadil. – The Star

  1. Arahan nie kuatkuasa setakat dalam kawasan kl jer kan tuan??? Di sebabkan tuan nie setakat ketia polis Kuala Lumpur jer…tuan jgn lah rasa macam dah jadik ketua polis negara..poyo macam igp lah plaks…

Leave a Reply to Bluebird Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pilih Jenama Kereta

© 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD