Chery Malaysia mengumumkan ketibaan dua model terbaharu SUV hibrid plug-in, iaitu Tiggo 7 PHEV dan Tiggo 8 PHEV, yang hadir dengan teknologi terkini Chery Super Hybrid (CSH).
Pelancaran ini selari dengan usaha kerajaan di bawah rangka kerja MADANI, NIMP 2030, NAP serta NETR dalam mempercepatkan agenda mobiliti mampan di Malaysia.
Menurut Chery Malaysia, kedua-dua model ini menawarkan gabungan prestasi elektrik dan petrol dengan jarak pemanduan sehingga 1,200 kilometer untuk satu isian penuh minyak dan caj bateri.
Teknologi Chery Super Hybrid menampilkan tiga komponen utama merangkumi :

Selain itu, model ini turut dilengkapi sistem keselamatan bateri Guardian Battery Safety System yang merangkumi:
Naib Presiden Chery Auto Malaysia, Lee Wen Hsiang berkata, pelancaran model baharu ini akan menetapkan penanda aras baharu dalam segmen SUV hibrid plug-in di pasaran tempatan.
“Tiggo 7 PHEV dan Tiggo 8 PHEV menawarkan jarak pemanduan, keselamatan dan prestasi yang memimpin kelasnya. Kami yakin ia mampu memberi pengalaman pemanduan baharu kepada rakyat Malaysia,” katanya.
Chery Tiggo 7 PHEV dan Tiggo 8 PHEV bakal dilancarkan secara rasmi pada 3 Oktober 2025. Sama-sama kita nantikan detik pengumuman harga yang dipersoal ramai.
Orang ramai boleh merasai pengalaman memandu sendiri menerusi sesi pandu uji yang ditawarkan di bilik pameran Chery seluruh negara. Tempahan juga telah dibuka di semua cawangan serta secara dalam talian di www.chery.my.
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?
Pencabar Baharu Tesla, Xiaomi SU7 Menerima Tempahan Sebanyak 88,898 Unit Selepas 24 Jam Dilancarkan
Tiada Lagi Pinjaman Penuh untuk Beli Kereta?