Kenderaan elektrik (EV) yang diimport sepenuhnya (CBU) kini bebas cukai import dan duti eksais sehingga 31 Disember 2025. Namun, selepas tarikh itu, status bebas cukai mungkin berakhir sekiranya kerajaan tidak melanjutkannya.
Amaran itu disuarakan Sime Beyond Auto, pengedar terbesar BYD di Malaysia, yang baru-baru ini memuat naik grafik di Instagram dengan mesej “EV tax holiday ends in 96 days” sambil menggesa orang ramai membeli EV sebelum tempoh insentif berakhir.

Insentif ini mula diperkenalkan dalam Belanjawan 2023, selepas tarikh akhir asalnya (31 Disember 2023) dilanjutkan dua kali – kali pertama ke 2024, kemudian ke 2025.
Sementara itu, EV pemasangan tempatan (CKD) kekal bebas duti eksais dan cukai jualan sehingga 31 Disember 2027, dua tahun lebih lama daripada tarikh akhir asal yang diumumkan dalam Belanjawan 2022.
Setakat ini, kerajaan belum memberi petunjuk sama ada akan ada lanjutan baharu, namun ia mungkin diumumkan dalam Belanjawan 2026 yang akan dibentangkan bulan ini.
Presiden Persatuan Automotif Malaysia (MAA), Mohd Shamsor Mohd Zain, pada Julai lalu menegaskan insentif perlu diteruskan kerana pasaran EV masih kecil.
“Pasaran EV baru sekitar 4% sahaja, manakala hibrid (HEV) 4.6%. Ia masih jauh daripada sasaran kerajaan iaitu 15% menjelang 2030. Sambungan insentif ini penting untuk beri peluang pengeluar (OEM) merancang pengeluaran dan bawa masuk lebih banyak model baharu,” katanya.
Menurut beliau, kesinambungan insentif juga akan membantu menarik lebih ramai pemain industri untuk melabur serta mempercepat pertumbuhan pasaran EV tempatan. – Paultan
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?
Pencabar Baharu Tesla, Xiaomi SU7 Menerima Tempahan Sebanyak 88,898 Unit Selepas 24 Jam Dilancarkan
Tiada Lagi Pinjaman Penuh untuk Beli Kereta?