Ramai yang tertanya-tanya sama ada memiliki kereta elektrik (EV) akan membebankan dari segi cukai jalan apabila pengecualian tamat tahun depan. Tapi untuk Proton e.MAS 5, jawapannya cukup melegakan – cukai jalan model ini jauh lebih murah berbanding kereta petrol biasa.
Berdasarkan kadar baharu yang akan dikuatkuasakan mulai tahun hadapan, caj cukai jalan EV akan dikira mengikut kuasa motor elektrik (kW), bukan kapasiti enjin seperti kenderaan petrol. Untuk Proton e.MAS 5 varian Prime (58kW/78hp), pemilik hanya perlu bayar RM30 setahun, manakala varian Premium (85kW/114hp) pula dikenakan RM60 setahun.
Sebagai perbandingan, Perodua Myvi 1.3L dengan kuasa 70kW (94hp) dikenakan cukai jalan RM70, manakala Myvi 1.5L serta Proton Iriz 1.6L masing-masing RM90 setahun. Jadi walaupun e.MAS 5 adalah EV moden dengan teknologi tinggi, kos tahunannya masih jauh lebih rendah daripada model petrol segmen yang sama.
Selain cukai jalan yang murah, pemilik EV juga dapat menikmati penjimatan penyelenggaraan yang ketara. Tak perlu lagi tukar minyak enjin, penapis minyak, palam pencucuh (spark plug) atau cecair transmisi automatik (ATF). Servis pula biasanya hanya sekali setahun, berbanding dua atau tiga kali bagi kenderaan enjin pembakaran dalaman.
Dengan kombinasi kos penyelenggaraan rendah, pengecasan lebih murah berbanding petrol, dan kini cukai jalan yang sangat berpatutan, Proton e.MAS 5 semakin kukuh kedudukannya sebagai EV paling mampu milik dan praktikal untuk rakyat Malaysia.
Lebih menarik, Pro-Net telah mengumumkan anggaran harga bagi model ini iaitu bermula dari RM60,000 hingga RM80,000 sahaja, menjadikannya EV paling mampu milik setakat ini di Malaysia. Dan jangan risau, untuk anggaran harga sebegitu, bateri kereta tidak akan dijual secara berasingan.
Proton dijangka akan melancarkannya secara rasmi tidak lama lagi, dan pastinya ramai sedang menantikan bagaimana model ini akan mengubah landskap pasaran EV tempatan. Kalau selama ini ramai fikir kereta elektrik hanya untuk golongan berpendapatan tinggi, nampaknya Proton e.MAS 5 bakal ubah tanggapan itu.
Kredit : SoyaCincau
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?
Pencabar Baharu Tesla, Xiaomi SU7 Menerima Tempahan Sebanyak 88,898 Unit Selepas 24 Jam Dilancarkan
Tiada Lagi Pinjaman Penuh untuk Beli Kereta?
Mat rashid Omar says:
Berapa jauh jarak yg boleh sekali pengecasan.
Berapa lama masa yg diperlukan utk mengecas penuh.