13,395 Unit Berjaya Dijual Proton pada September 2025 – Jualan Menurun, X50 Kekal Laris

13,395 Unit Berjaya Dijual Proton pada September 2025 – Jualan Menurun, X50 Kekal Laris

Prestasi jualan bulan September telah diumumkan oleh Proton dengan penjualannya mencapai 13,395 unit kenderaan (domestik & eksport) dan masih berjaya mengukuhkan kedudukan mereka di tempat kedua bagi jualan kenderaan di Malaysia.

Data jualan menunjukkan penurunan berbanding dengan jumlah jualan pada Ogos iaitu sebanyak 15,228 unit. Jualan keseluruhan bagi sembilan bulan pertama tahun ini telah merekodkan sebanyak 114,297 unit berjaya dijual oleh Proton. Dengan angka ini, Proton menjangkakan pegangan pasaran mereka kini berada pada sekitar 23.4%.

Proton Saga masih lagi mengekalkan kedudukannya sebagai model paling laris di dalam Proton dengan jumlah jualannya pada September mencapai 6,058 unit, bulan ketiga berturut-turut jualan melebihi 6,000 unit.

Dilancarkan pada 24 Julai, Proton X50 Serba Baharu berjaya mengakhiri September dengan jumlah jualan melebihi 3,000 unit pada tahun 2025 dan mencapai angka 3,438 unit. Sehingga akhir September, jumlah jualan YTD bagi model ini mencecah 21,154 unit, iaitu peningkatan 24.4% berbanding tempoh sama tahun lalu.

Proton S70 juga menunjukkan prestasi yang hebat dan mengagumkan di mana sebanyak 979 unit berjaya dijual pada September. Ini menjadikan jumlah kumulatif tahunannya mencapai 12,939 unit dan sekaligus mengungguli dalam model sedan segmen-C.

PROTONS70-NAZZNCO

Ia seterusnya disambung oleh Proton Persona dengan jumlah jualannya sebanyak 1,161 unitProton X70 sebanyak 617 unitProton Iriz sebanyak 278 unit dan Proton X90 sebanyak 194 unit pada September 2025.

Jumlah jualan eksport YTD Proton pula kini adalah 3,959 unit, 56% lebih banyak daripada tahun 2024 dengan Proton X50 mengatasi Proton Saga sebagai model eksport paling popular. Ketiga dalam senarai model eksport popular adalah Proton e.MAS 7.

Dalam segmen jualan kenderaan elektrik (EV), Proton e.MAS7 terus menjadi peneraju berbanding semua model EV lain. Sebanyak 1,288 unit (domestik dan eksport) Proton e.MAS7 terjual pada bulan September, meningkatkan jumlah kumulatif YTD suku ketiga 2025 kepada 6,656 unit.

“Jualan Proton pada September menunjukkan produk kami terus mendapat tempat di hati pelanggan. Prestasi kukuh pada suku ketiga 2025 memberi keyakinan untuk kami membawa momentum ini ke suku akhir bagi mencapai sasaran jualan, selain menjadi landasan penting untuk memasuki tahun 2026,” kata Zhang Qiang, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Proton Edar.

Dengan ketibaan Proton e.MAS 5 yang dijadualkan tidak lama lagi serta permulaan pemasangan tempatan di kilang EV baharu Proton di Tanjong Malim, syarikat bersedia untuk melonjakkan lagi jualan EV pada tahun 2026.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD