NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive, Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Jalan Kempas Baru Gelap Waktu Malam, Risiko Kemalangan Meningkat

Jalan Kempas Baru Gelap Waktu Malam, Risiko Kemalangan Meningkat

Laluan ketiga terbesar masuk ke Johor Bahru dari Lebuh Raya Utara-Selatan, kini jadi perhatian bila malam. Laluan yang menghubungkan ke Senai, Tampoi, Larkin dan Pasir Gudang ini siap dinaik taraf beberapa bulan lalu, tapi ada satu isu ketara iaitu gelap gelita bila malam.

Walaupun tiang-tiang lampu dah terpasang sejak awal projek siap, kini semuanya seakan hanya jadi hiasan. Lampu jalan yang sepatutnya menyala waktu malam tidak  berfungsi, buat pengguna rasa tidak selesa dan berbahaya ketika memandu.

Pengguna berharap pihak berkuasa khususnya Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) untuk bertindak segera. Kalau dibiarkan, bukan sahaja susah untuk orang ramai, tapi juga berisiko tinggi berlaku kemalangan jalan raya.

Sudah tiba masanya pihak berkaitan turun padang. Lebih baik baiki sebelum ada nyawa jadi taruhan.

Sumber: KOSMO!

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD