Laluan ketiga terbesar masuk ke Johor Bahru dari Lebuh Raya Utara-Selatan, kini jadi perhatian bila malam. Laluan yang menghubungkan ke Senai, Tampoi, Larkin dan Pasir Gudang ini siap dinaik taraf beberapa bulan lalu, tapi ada satu isu ketara iaitu gelap gelita bila malam.
Walaupun tiang-tiang lampu dah terpasang sejak awal projek siap, kini semuanya seakan hanya jadi hiasan. Lampu jalan yang sepatutnya menyala waktu malam tidak berfungsi, buat pengguna rasa tidak selesa dan berbahaya ketika memandu.
Pengguna berharap pihak berkuasa khususnya Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) untuk bertindak segera. Kalau dibiarkan, bukan sahaja susah untuk orang ramai, tapi juga berisiko tinggi berlaku kemalangan jalan raya.
Sudah tiba masanya pihak berkaitan turun padang. Lebih baik baiki sebelum ada nyawa jadi taruhan.
Sumber: KOSMO!
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
Ramai Menyesal Beli SUV , Tapi Malu Nak Mengaku. Ini 6 Sebab Diorang Menyesal
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?
5 Kereta Bawah RM100k Yang Paling Sedap Dibawa “Road Trip” Jauh