passionately driven

Dua Warga Asing Dicekup Ketika Cuba Seludup Petrol Berjumlah Lebih RM100k

Dua Warga Asing Dicekup Ketika Cuba Seludup Petrol Berjumlah Lebih RM100k

Dua warga asing ditahan selepas dipercayai terlibat dalam cubaan menyeludup minyak petrol bersubsidi di perairan Pulau Boheian dan Tanjung Manimpa, Semporna, Sabah pada awal pagi Selasa.

Menurut Komander Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 4 Sabah, Mohd Nazri Ibrahim, operasi khas bagi mengekang aktiviti penyeludupan minyak subsidi itu dijalankan sejak 3 November, dengan tangkapan dibuat sehingga jam 3.45 pagi.

Dalam operasi tersebut, pihak berkuasa berjaya merampas dua buah bot laju bersama enjin, serta 112 gelen minyak petrol yang dipercayai cuba diseludup keluar. Nilai keseluruhan rampasan dianggarkan sekitar RM111,277.25.

Kes kini sedang disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 untuk mengenal pasti rangkaian penyeludupan serta dalang yang terlibat.

Mohd Nazri turut memaklumkan bahawa rondaan akan terus diperketat bagi memastikan perairan negara bebas daripada aktiviti seludup yang boleh menjejaskan ekonomi dan keselamatan negara.

Sumber: MalaysiaGazette

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2025 NAZZNCO (M) SDN BHD