NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Pinjaman Kereta Lebih Adil – Faedah Kini Dikira Atas Baki Hutang Sebenar

Pinjaman Kereta Lebih Adil – Faedah Kini Dikira Atas Baki Hutang Sebenar

Mulai tahun depan, pinjaman kereta di Malaysia bakal lebih telus dan adil apabila Rang Undang-Undang Sewa Beli (Pindaan) 2025 dilaksanakan.

Sistem lama flat rate dan Rule of 78 yang mengenakan faedah tinggi di awal pinjaman akan digantikan dengan kaedah baki berkurangan (reducing balance) serta kadar faedah efektif (EIR).

Pakar ekonomi menyifatkan langkah ini sebagai “reformasi besar” yang sudah lama dinantikan, kerana ia memastikan pengguna hanya bayar faedah berdasarkan jumlah hutang sebenar yang masih tertunggak.

Menurut Dr Ida Yasin, perubahan ini lebih adil dan selaras dengan amalan global, manakala Dr Afzanizam Abdul Rashid menambah bahawa sistem baharu ini akan meningkatkan ketelusan dan kefahaman pengguna tentang kadar sebenar pinjaman mereka.

Kerajaan memberi tempoh 18 bulan kepada bank dan institusi kewangan untuk menyesuaikan sistem sebelum undang-undang ini dikuatkuasakan sepenuhnya. – The Star

Melissa Alias

Melissa Alias merupakan antara pelopor terawal meja editorial NAZZ&CO™ Media. Dengan kepakaran meluas dalam kewartawanan automotif, beliau telah mengendalikan ratusan liputan eksklusif pelancaran model baharu, analisis insiden jalan raya, dan laporan siaran media rasmi yang membentuk asas kukuh kewartawanan digital portal ini.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy