Siapa sangka, permintaan suami untuk makan sotong goreng kunyit akan jadi kenangan terakhir buat seorang isteri.
Seorang wanita bernama Mas berkongsi momen sayu di Threads mengenai detik-detik terakhir suaminya, Muhammad Amir, sebelum terlibat dalam kemalangan maut ketika pulang dari kerja.
Menurut Mas, suaminya sempat pulang lebih awal pada hari kejadian, namun berpatah balik ke tempat kerja untuk mengambil susu anak mereka yang tertinggal. Dalam perjalanan pulang semula, suaminya terbabit dalam kemalangan dan meninggal dunia di tempat kejadian.
“Suami saya sempat minta masakkan sotong goreng kunyit. Tapi dia tak sempat jamah pun,” luah Mas, sambil menyatakan suaminya ditemukan dalam keadaan tenang, wajahnya seolah-olah sedang tidur walaupun terlibat dalam insiden tragis.
Lebih memilukan, arwah suaminya dikatakan baru saja membawa Mas dan anak mereka yang berusia 22 bulan ke klinik kerana anak kurang sihat dimana itulah rupanya hari terakhir mereka bertiga meluangkan masa bersama.
Perkongsian itu mendapat banyak reaksi sebak daripada warganet yang turut mendoakan agar Mas dan anaknya terus tabah menghadapi ujian kehilangan tulang belakang keluarga.
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?
Pencabar Baharu Tesla, Xiaomi SU7 Menerima Tempahan Sebanyak 88,898 Unit Selepas 24 Jam Dilancarkan
Tiada Lagi Pinjaman Penuh untuk Beli Kereta?