Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) hari ini memperkenalkan dua model terbaru dalam keluarga Golf iaitu Golf R-Line dan Golf GTI. Golf GTI bakal dijual pada harga bermula RM255,990 (termasuk Volkswagen Assurance Package), namun 50 pembeli terawal berpeluang mendapatkannya pada harga promosi RM249,990, jika mendaftar sebelum 31 Disember 2025. Golf R-Line pula kini dibuka untuk sesi preview, menawarkan gaya sporty untuk pengguna yang mahukan keseimbangan antara prestasi dan keselesaan harian.
Kedua-dua model ini menyerlahkan identiti masing-masing dimana Golf R-Line diinspirasikan oleh unit prestasi “R”, manakala Golf GTI pula membawa semangat ‘hot hatch’ legenda dengan pengendalian mantap, kuasa turbo dan elemen rekaan agresif seperti garis merah yang ikonik. Dengan tawaran prestasi, reka bentuk elegan dan kemudahan pintar, kedua-duanya mengukuhkan lagi reputasi Golf sebagai pilihan hatchback premium yang seronok dipandu sama ada untuk gaya hidup aktif atau kegunaan seharian.

Volkswagen Golf R-Line versi pemasangan tempatan (CKD) dari kilang Volkswagen di Pekan tampil dengan rekaan yang moden, tajam, dan penuh gaya aerodinamik. Setiap lekuk dan garis luarnya memang dicipta bukan sekadar untuk nampak cantik, tapi juga untuk membantu aliran angin lebih lancar hasilnya, kereta lebih stabil dan jimat minyak ketika dipandu.
Antara ciri paling ketara pada R-Line ialah logo Volkswagen yang bercahaya pada gril depan pertama kali diperkenalkan pada model Volkswagen di Malaysia. Dikombinasikan dengan lampu depan IQ.LIGHT LED Matrix yang serba pintar dan lampu belakang 3D LED dengan animasi grafik, Golf R-Line terus menyerlah walaupun pada waktu malam.
Bahagian kosmetik lain yang unik untuk R-Line termasuk:

Masuk ke kabin, suasana terus terasa moden dan sporty. Golf R-Line dilengkapi:
Skrin infotainmen 12.9” dengan sistem MIB4 + navigasi terbina dalam
Paparan pemandu digital 10” (boleh ubah tema & paparan)
Pembantu suara IDA untuk arahan tanpa tangan
Stereng sukan kulit ‘R-Line’ dengan paddle shift & butang fizikal
Pendingin hawa 3-zon dengan penapis khas untuk alahan
Wireless Apple CarPlay / Android Auto + pengecas tanpa wayar
Touch slider bercahaya untuk kawal suhu & bunyi
Aksen eksklusif R-Line seperti siling hitam, pedal logam, trim Carbon Grey, dan kerusi fabrik + Artvelours menaikkan lagi suasana sporty-padu.

Di bawah bonet, Golf R-Line dipacu enjin 1.5L eTSI turbo mild-hybrid (mHEV) yang menghasilkan 150PS dan 250Nm tork, dipadankan bersama transmisi 7-kelajuan DSG shift-by-wire. Ia mampu memecut dari 0–100 km/j dalam 8.6 saat dengan penggunaan bahan api serendah 5.2L/100km dimana kombinasi prestasi bertenaga dan penjimatan minyak.
Untuk stabiliti dan gaya, R-Line dilengkapi rim aloi ‘Coventry’ bersaiz 17 inci (tayar 225/45 R17), memastikan pemanduan lebih mantap dan selesa di pelbagai keadaan jalan.

Dengan profil aerodinamik yang kemas dan agresif, ia bukan hanya bergaya malah membantu kestabilan dan penjimatan bahan api. Enjin dan casis disempurnakan dengan panel bawah kereta yang lebih licin untuk aliran udara yang optimum.
Di bahagian depan, logo Volkswagen yang bercahaya pada gril buat pertama kali di Malaysia benar-benar mencuri perhatian, diapit oleh lampu hadapan IQ.LIGHT LED Matrix yang bukan sekadar cantik, tetapi pintar dengan fungsi pancaran tinggi automatik. Lampu belakang LED 3D dengan grafik animasi dan isyarat dinamik pula melengkapkan gaya belakang yang moden dan penuh karakter.
Segala ciri ini diikat dengan elemen “GTI signature look” seperti bampar depan bergaya honeycomb, bampar belakang dengan ekzos berkembar krom, serta side skirt GTI yang lebih tebal. Sesuai dengan reputasinya tampak agresif, premium, dan terus mengingatkan kita kepada DNA GTI yang ikonik.

Masuk ke kabin, aura sporty dan premium terus menyelubungi. Golf GTI dibekalkan dengan:
Skrin infotainmen terapung 12.9” dengan sistem MIB4 + navigasi terbina dalam
Paparan pemandu digital 10” dengan pilihan tema & paparan tersuai
Pembantu suara IDA untuk arahan tanpa sentuh
Stereng sukan kulit GTI dengan paddle shifter & butang kawalan fizikal
Pendingin hawa 3-zon dengan penapis alergi + kawalan untuk penumpang belakang
Sokongan Wireless Apple CarPlay / Android Auto + pengecas tanpa wayar
Touch slider bercahaya untuk kawal suhu dan audio dengan mudah
Aksen dalaman eksklusif GTI seperti headliner hitam, pedal logam, trim Black Metal Chrome, dan kerusi sukan kulit Vienna bagi penampilan lebih premium-sporty.

Untuk Golf GTI, pengalaman pemanduan dipertingkatkan lagi dengan sistem audio premium Harman Kardon — dilengkapi 9 pembesar suara + subwoofer yang dikuasakan oleh amplifier digital 12 saluran dengan output 480W. Hasilnya bunyi jelas, bass padu, dan suasana audio sekeliling yang memukau, sesuai untuk mereka yang gemar dengar muzik sambil memandu.
Selain itu, GTI turut dilengkapi Head-Up Display (HUD) yang memaparkan info penting seperti kelajuan, arahan navigasi dan amaran keselamatan terus pada cermin hadapan, jadi mata kekal fokus pada jalan.

Untuk gaya dan cengkaman, GTI dipasang dengan rim aloi ‘Richmond’ bersaiz 18 inci (tayar 225/40 R18) dimana ia lebih besar dan sporty berbanding R-Line. Dua port USB-C di depan dan belakang juga memudahkan pengecasan peranti sepanjang perjalanan.
Kedua-dua Volkswagen Golf R-Line dan GTI hadir dengan teknologi keselamatan pintar IQ.DRIVE, yang direka untuk beri lebih keyakinan semasa memandu – tak kira di lebuh raya, bandar, atau kesesakan jalan. Antara ciri utamanya:
Auto Emergency Braking (Front Assist) dengan pemantauan pejalan kaki – mengesan orang berjalan, berbasikal atau bermotosikal dan membrek secara automatik jika perlu.
Travel Assist bersama Adaptive Cruise Control (ACC) – memantau jarak selamat dengan kenderaan depan dan kekalkan kelajuan selesa secara automatik.
Rear Traffic Alert & Exit Warning – beri amaran jika ada kenderaan menghampiri dari belakang semasa undur atau buka pintu.
Park Distance Control – sensor depan dan belakang untuk bantu elak terlanggar objek ketika parkir.
Driver Attention Detection – perhatikan corak pemanduan dan beri amaran jika pengesan kesan keletihan.
Emergency Assist, Side Assist & Lane Assist – automatik bantu kekalkan kereta dalam lorong, pantau titik buta, dan berhenti jika perlu dalam situasi kecemasan.
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?
Pencabar Baharu Tesla, Xiaomi SU7 Menerima Tempahan Sebanyak 88,898 Unit Selepas 24 Jam Dilancarkan
Tiada Lagi Pinjaman Penuh untuk Beli Kereta?