Seorang pemandu lori berusia 55 tahun mengaku sudah menjangka akan ditahan JPJ Negeri Sembilan selepas didapati membawa lebih muatan dalam satu operasi di sekitar Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) baru-baru ini.
Dia yang sudah 21 tahun memandu lori berkata, dia sedar perbuatan itu melanggar undang-undang namun terpaksa akur dengan arahan majikan. Menurutnya, lori yang dipandu dari Senawang ke Banting itu membawa kayu potong berlebihan dan hanya ditutup dengan kanvas, menjadikan kenderaan tidak stabil sepanjang perjalanan.
Pengarah JPJ Negeri Sembilan, Hanif Yusabra Yusof bagaimanapun menegaskan alasan “ikut arahan majikan” tidak boleh diterima. Katanya, setiap pemandu bertanggungjawab memastikan kenderaan selamat dan mematuhi had muatan yang ditetapkan.
Beliau menjelaskan pemandu lori boleh dikenakan tindakan di bawah Kaedah (89) Akta Pengangkutan Jalan, manakala pemilik kenderaan atau syarikat pula berdepan tindakan di bawah Seksyen 87(1) akta sama, termasuk denda yang lebih berat serta tindakan terhadap permit operasi.
JPJ juga tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang terlibat membawa muatan berlebihan kerana ia bukan sahaja menyalahi undang-undang, tetapi turut membahayakan pengguna jalan raya lain.
Menurut Hanif, dari Januari hingga September tahun ini, 3,275 kenderaan perdagangan dikenakan tindakan atas kesalahan lebih muatan, manakala 31 kenderaan sedang dalam proses dilucut hak dan peningkatan besar berbanding hanya dua kes tahun lalu.
Sumber: KOSMO!
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
Ramai Menyesal Beli SUV , Tapi Malu Nak Mengaku. Ini 6 Sebab Diorang Menyesal
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?
5 Kereta Bawah RM100k Yang Paling Sedap Dibawa “Road Trip” Jauh