Festival tahunan Nights of Fright (NOF) kembali buat kali ke-11 pada penghujung September lalu, menjadikan Sunway Lagoon terus unggul sebagai destinasi utama hiburan seram di Malaysia dan rantau Asia Tenggara.
Sejak diperkenalkan pada tahun 2013, festival ini telah menarik lebih satu juta pengunjung, sekaligus mengukuhkan reputasi Sunway Lagoon sebagai taman tema yang menganjurkan festival seram terbesar dan paling lama berlangsung di rantau ini.

Untuk edisi tahun ini, NOF menampilkan tujuh tarikan baharu dan dua kegemaran pengunjung, dengan tema yang merangkumi elemen Malaysia, serantau, Hollywood dan global. Antara tarikan baharu yang mencuri tumpuan ialah Escape of Hantu Kum Kum, pengalaman pelarian interaktif yang mendebarkan; Villain Hitting, ritual budaya yang menyeramkan; serta sudut foto bertema seram hasil kerjasama pertama antara jenama ini dan taman tema tersebut.
Selain itu, festival ini turut mempersembahkan lapan rumah seram termasuk Karak, Tiki Terror, The Puppetmaker, Blind Box, dan Horrorwood Studios. Pementasan teater khas, Teater Seram: Scary Tales Theater yang menampilkan pelakon Nadia Brian sebagai watak “PontianAxe”, serta tiga zon seram, Hantu Hell, Pontianak X Pocong, dan Horrorwood Boulevard. Melengkapkan pengalaman menakutkan ini. Pengunjung juga dapat menikmati 11 permainan ekstrem yang menambahkan lagi adrenalin sepanjang malam.

Dengan reka bentuk set yang terperinci dan jalan cerita berasaskan watak, setiap ruang festival menjanjikan pengalaman seram yang mendalam dan unik , sesuatu yang jarang ditawarkan oleh taman tema lain di rantau ini.
Menurut penganjur, Nights of Fright bukan sekadar acara hiburan, tetapi turut menyumbang kepada sektor pelancongan negara dengan meningkatkan permintaan terhadap hotel, makanan, pengangkutan serta membuka peluang pekerjaan kepada ratusan tenaga kreatif tempatan.
“Nights of Fright telah menjadikan Sunway City Kuala Lumpur sebagai hab hiburan bertema serantau, menggabungkan kisah rakyat tempatan dengan budaya seram global yang menarik minat pelbagai generasi,” jelas kenyataan rasmi itu.
Kejayaan penganjuran festival ini turut disokong oleh beberapa rakan strategik, antaranya Klook yang bertindak sebagai rakan rasmi penjualan tiket bagi edisi tahun ini.
Sumber: KOSMO
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?
Pencabar Baharu Tesla, Xiaomi SU7 Menerima Tempahan Sebanyak 88,898 Unit Selepas 24 Jam Dilancarkan
Tiada Lagi Pinjaman Penuh untuk Beli Kereta?