NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Kitar Semula Minyak Terpakai Jadi Tiruan, Nilai Rampasan Cecah RM1 Juta

Kitar Semula Minyak Terpakai Jadi Tiruan, Nilai Rampasan Cecah RM1 Juta

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Selangor berjaya menumpaskan satu sindiket besar pemprosesan dan pembekalan minyak enjin kenderaan tiruan dengan nilai rampasan dianggarkan mencecah RM1 juta, dalam satu operasi khas sekitar Ampang semalam.

Menurut Pengarah KPDN Selangor, Mohd Zuhairy Mat Radey, serbuan dijalankan sekitar jam 10 pagi hasil risikan selama dua bulan terhadap beberapa premis yang disyaki menjalankan aktiviti mencurigakan.

Operasi yang disertai 30 pegawai penguat kuasa dengan kerjasama Polis Selangor dan wakil cap dagangan itu menyerbu enam premis berasingan, yang masing-masing mempunyai fungsi berbeza daripada pembuatan botol, pemprosesan minyak, hingga penyimpanan produk siap dan alat ganti kenderaan. Semua premis ini dipercayai beroperasi di bawah satu rangkaian sindiket yang aktif sekurang-kurangnya enam bulan.

Hasil siasatan mendapati, kumpulan ini mengitar semula minyak enjin terpakai sebelum membotolkannya semula menggunakan jenama terkenal, lalu dijual kepada bengkel dan pembekal pada harga lebih murah daripada pasaran.

Dalam operasi itu, 42 individu ditahan, termasuk 14 warga tempatan dan 28 warga asing berusia bawah 45 tahun, bagi membantu siasatan di bawah Akta Cap Dagangan 2019.

Mohd Zuhairy turut mengingatkan orang ramai agar lebih berhati-hati dan tidak mudah terpedaya dengan tawaran minyak enjin murah kerana produk tiruan seperti ini boleh menjejaskan prestasi dan keselamatan kenderaan.

Sumber: MalaysiaGazette

Azfar Zamri

Azfar Zamri merupakan antara tenaga kreatif meja editorial NAZZ&CO™ Media yang banyak menumpukan kepada pelaporan berita automotif harian. Beliau bertanggungjawab memastikan setiap informasi terkini, siaran media korporat, dan perkembangan landskap permotoran negara disampaikan dengan tepat kepada pembaca.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy