Seorang wanita berusia 59 tahun maut selepas motosikal yang diboncengnya terlibat kemalangan semasa cuba menyelit antara dua lori di Kilometer 55.6 Jalan Batu Pahat ke Mersing, petang Selasa.
Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, kejadian berlaku sekitar jam 3.15 petang melibatkan motosikal Yamaha 135LC yang dinaiki mangsa bersama anak lelakinya berusia 32 tahun.
Menurut siasatan awal, motosikal berkenaan dipercayai hilang kawalan ketika cuba mencelah di antara dua lori jenis Isuzu yang sedang bergerak sehala menuju ke pusat bandar. Akibatnya, motosikal terjatuh di atas jalan manakala mangsa tercampak ke bawah tayar belakang lori dan digilis.
Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di bahagian perut dan dada, manakala anaknya mengalami kecederaan pada tangan dan kaki sebelum dibawa ke Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom (HEBHK) untuk rawatan lanjut.
Pemandu lori berusia 42 tahun pula tidak mengalami sebarang kecederaan.
Kes kini disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Sumber: MalaysiaGazette
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
5 Kereta Yang Ramai Menyesal Beli Di Malaysia (Menurut Pengalaman Pemilik)
Ramai Menyesal Beli SUV , Tapi Malu Nak Mengaku. Ini 6 Sebab Diorang Menyesal
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?